AGAMA : PARA PENYOKONG MUHAMMAD - PTS
- Regular price
- RM 31.50
- Sale price
- RM 31.50
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Generasi Penghulu Syurga
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK SAHABAT PENGHULU SYURGA
Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.
Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Penghulu Syurga memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.
Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :
- Assabiqun Awwalun yang Dijanjikan Syurga.
- Saad Bin Abi Waqqas (Penakluk Parsi dan Duta Dakwah).
- Sa’id Bin Zaid (Pewaris Al-Hanif).
- Arqam Bin Abi Al-Arqam (Pemilik Rumah Gerakan Dakwah).
- Hamzah Bin Abdul Mutalib (Singa Allah).
Generasi Penentang Era Makkah
KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MAKKAH Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik. Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Makkah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden. Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini : Amr Bin Hisyam (Firaun Moden). Al-Nadhar Bin Al-Harits (Syaithan Quraisy). Umayyah Bin Khalaf (Penyokong Anarkisme). Munabbih Bin Al-Hajjaj (Orientalis Makkah). Al-Walid Bin Al-Mughirah (Ejen Provokasi Wahyu).
Generasi Penentang Era Madinah
KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MADINAH
Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.
Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.
Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :
- Abi Afak (Penyair Politik Arab-Yahudi).
- Amir Bin Al-Thufail (Pembantai Ahli Qurra’).
- Zainab Binti Al-Harits (Pencetus Pembunuhan Nabi).
- Ummu Qirfah (Kematian Kontroversi).
- Sajah Binti Al-Harits (Nabi Wanita Dari Bani Taghlib).
Generasi Pejuang dan Intelektual
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK GENERASI PEJUANG DAN INTELEKTUAL MULIA
Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.
Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.
Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :
- Abdullah Bin Mas’ud (Pembangun Jaringan Intelektual Islam).
- Mus’ab Bin Umair (Duta Intelektual).
- Amr Bin Al-As (Penakluk Mesir).
- Abu Zar Al-Ghifari (Revolus Anti Kemewahan).
- Huzaifah Bin Al-Yaman (Ejen Risikan Nabi).