• ES ALHIDAYAH PEDOMAN MANDI WAJIB-01
  • ES ALHIDAYAH PEDOMAN MANDI WAJIB-02
1

AGAMA : PEDOMAN MANDI WAJIB (BERWARNA) - AL HIDAYAH

Regular price
RM 6.90
Sale price
RM 6.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Authentic products

Islam amat menitik beratkan soal kebersihan kerana kebersihan itu asas kesempurnaan ibadat dalam islam. Oleh sebab itu, Islam menganjurkan agar umat islam sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan rapi. Bersih pada tempat beribadah, pakaian dan tubuh badan daripada perkara yang boleh membatalkan ibadah itu. Islam mengajak umatnya berada dalam suasana suci bersih zahir dan batin.

Bagi individu islam yang sudah berumahtangga dan melakukan hubungan jenis atau bersetubuh mestilah membersihkan dirinya selepas mengadakan hubungan, iaitu dengan mandi hadas atau mandi wajib. Ianya dianggap berhadas atau masih vdalam keadaan kotor kecuali setelah mengangkat hadas atau lebih dimaklumi dengan mandi wajib.

Buku ini membentangkan kepada anda secara terperinci berhubung mandi hadas, yang merupakan suatu yang mesti diketahui oleh umat islam, khususnya bagi mereka yang telah mencapai usia baligh.