AGAMA : RAMUAN BAHAGIA - AL-HIDAYAH
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ketahuilah! Bahawa suatu ramuan yang istimewa itu tidaklah mudah didapati. Sepertimana ramuan yang mengubahkan logam menjadi seketul emas yang berharga itu perlulah menjalani proses kimia yang sulit, yang semestinya tidak tersimpan khazanah berharga ini pada orang-orang awam yang bertaraf picisan. Sudah semestinya ramuan yang luar biasa ini tersembunyi dalam perbendaharaan kerajaan.
Maka seperti itu jugalah ramuan kebahagiaan. Tidak akan ada sesiapa yang menyimpan khazanah langka ini melainkan ia adalah milik mutlak Allah, Tuhan yang Maha Suci lagi Agung. Sesiapa yang berjaya menemukan ramuan terindah ini di langit, bersinarlah dirinya bak malaikat. Manakala di bumi, tertanamlah ramuan rahsia ini pada hati mereka yang mengenali Tuhannya dengan hakiki.