KOMIK : KOMIK M - ULTRA QALIF - PTS
- Regular price
- RM 12.60
- Sale price
- RM 12.60
- Regular price
-
RM 14.00
Share
Ultra Qalif #5
KETENANGAN SEBELUM RIBUT MELANDA…
Pertarungan dengan Tuan Mus sudah berakhir. Penjahat-penjahat sudah diberkas pihak berkuasa. Atuk abah dan Qalif membawa Jebat yang cedera pulang ke rumah. Namun, sesuatu yang mengejutkan. Jebat yang cedera parah sebelumnya pulih kembali dengan cepat menggunakan Tenara 5!
Apakah sebenarnya Tenara 5? Adakah dia bakal memberi kesan buruk kepada Jebat?
Ada kuasa misteri menghampiri. Bersediakah Qalif?
Ultra Qalif #6
Semakin banyak rahsia yang dirungkaikan, semakin banyak persoalan yang perlu diselesaikan.
Apakah misteri di sebalik kuasa aneh yang dimiliki oleh Jebat?
Siapakah mereka yang digelar skuad istimewa Pasukan Adiwaja?
Bagaimana atuk abah mengenali ayah Dai sejak sekian lama?
Mampukah Qalif bertahan tidak mengaktifkan kuasa kuara, meskipun apabila berhadapan situasi getir yang mengancam nyawa insan-insan yang dikasihinya?
Ultra Qalif #8
Berhadapan dengan dua pahlawan terbaik Abuja bukanlah satu tugas mudah. Dai perlu bertarung bermati-matian demi melindungi Qalif dan Kuara daripada jatuh ke tangan mereka. Setelah diasak bertubi-tubi, Dai akhirnya terdesak, dan tidak mempunyai pilihan lain selain mengaktifkan tenaga rahsia yang terpendam di dalam tubuhnya. Namun, tindakan itu akan menyebabkan nyawanya melayang. Adakah Qalif akan terus bersembunyi dan membiarkan Dai mati begitu saja? Ataupun Qalif akan bangkit untuk membantu Dai dan mendedahkan dirinya serta Kuara kepada musuh?
Ultra Qalif #9
Kehandalan jaguh planet Abuja benar-benar di luar jangkaan. Setelah ditumpaskan berkali-kali, Qalif tiada pilihan lain lagi selain menggunakan jalan terakhir demi melindungi Kuara, Dai, Jebat, dan Atuk Abah. Namun, pilihan terakhir ini bererti Qalif perlu mengambil risiko yang dia berkemungkinan akan… mati!
Ultra Qalif #10
Akibat peningkatan mendadak kuasa Ultra Qalif, Gorx semakin terdesak. Lantas, dia mengambil keputusan untuk menggunakan sebuah senjata larangan yang diperbuat daripada serpihan batu angkasa yang dinamakan Matraxa.
Mengeluarkan senjata keramat itu bermakna menjemput maut. Adakah ini akan menjadi pertarungan terakhir Ultra Qalif?
Ultra Qalif #12
Qalif yang baru menyedari dirinya ‘kehilangan’ kuasa mengalami saat-saat yang sukar ketika sedang membasmi jenayah. Kini dia terpaksa menghadapi para penjahat dengan hanya menggunakan kudrat dirinya sendiri tanpa bantuan kuasa istimewa.
Namun, bukan mudah bagi seorang remaja biasa menyaingi kekuatan lelaki-lelaki dewasa yang ternyata bukan calang-calang dalam profesi jenayah dan gengster. Setelah bermati-matian, akhirnya Qalif cuma tinggal nyawa-nyawa ikan. Adakah riwayat Qalif akan tamat begitu sahaja di sini?
Ultra Qalif #13
Ketika Qalif sedang bergelut di penghujung nyawa, secara tiba-tiba Kuara miliknya telah bertindak balas dan diaktifkan sepenuhnya. Qalif yang sebelum ini sedang nyawa-nyawa ikan bagaikan ‘dihidupkan semula’ dengan paduan kuasa baru yang lebih mantap dan jitu. Namun, adakah ia cukup untuk QALIF menumpaskan musuhnya yang ternyata bukan calang-calang hebatnya itu?
Ultra Qalif #14
Belum pun sempat bertenang selepas episod pertempuran di dalam hutan yang hampir meragut nyawanya, Qalif terpaksa pula berhadapan dengan ancaman baru oleh musuh misteri yang ternyata bukan biasa-biasa. Siapakah seteru Qalif kali ini?
Ultra Qalif #15
Kemunculan pahlawan misteri dengan kuasa yang berbahaya telah memaksa Dai untuk bertindak dan berkonfrontasi dengannya. Apa yang mengejutkan adalah dia turut memakai topeng seakan Kuara yang dimiliki oleh Qalif. Adakah berkemungkinan kisah legenda yang Dai anggap mitos selama ini wujud di alam nyata?