• KOMIK MR TOK JANGGUT 01-01
  • KOMIK MR TOK JANGGUT 02
1

KOMIK : TOK JANGGUT - MUSTREAD

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

TOK JANGGUT 01 - SERUAN JIHAD DI PASIR PUTEH

Penasihat British yang ditempatkan dalam pentadbiran di setiap negeri menekan ekonomi penduduk setempat dengan mengenakan cukai yang tinggi. Rakyat jelata semakin tertekan di bawah pemerintahan British. Ketika inilah, munculnya Haji Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, pahlawan yang bangkit melawan British dan menyeru jihad melawan penjajah di negeri Kelantan. British bukan sahaja masuk campur dalam urusan pentadbiran, malah mereka mengarahkan rakyat Kelantan menyokong dan berdoa untuk kemenangan British dalam Perang Dunia Pertama. Tok Janggut melihat arahan ini sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Kelantan. British turut mengarahkan Sultan Kelantan supaya melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau bersimpati terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya berlakulah apa yang ditakuti oleh British, Tok Janggut dan para pengikutnya bangkit menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dan bangkit melawan British di Pasir Puteh!

***************************************************************

TOK JANGGUT 02 - MENCARI KEMENANGAN DI PASIR PUTEH

Dua bulan selepas peristiwa Dahagi Singapura, kebangkitan Tok Janggut pula meletus di Kelantan! Setelah berjaya menawan Pasir Puteh, Tok Janggut membentuk pemerintahan baharu di Pasir Puteh. Perbincangan antara pembesar Istana Jeram (Raja Jeram, Tok Janggut dan para panglima) bersama wakil pembesar Istana Kota Bharu (Imam Kadir dan Haji Che Su) yang bertujuan untuk mencari penyelesaian memperlihatkan usaha awal untuk meredakan ketegangan. Namun, Istana Kota Bharu yang dipengaruhi oleh British telah salah faham dan mengakibatkan ketegangan semakin memuncak. Tok Janggut dan para pengikutnya hanya mahukan keadilan terhadap beban cukai, namun terpaksa pula berhadapan dengan gelaran penderhaka. Walaupun tentera British menggunakan kekerasan dan strategi licik, namun penduduk tempatan setia dan teguh dengan perjuangan Tok Janggut apabila mereka tidak memberikan maklumat kepada penjajah. Khatib Abu Bakar merupakan syuhada pertama dalam gerakan jihad ini menambahkan nilai simbolik dalam perjuangan mereka. Komik Tok Janggut 2 bukan sekadar kisah jihad Tok Janggut dan para pengikutnya, tetapi perjuangan moral melawan kezaliman.