NOVEL : KAPTEN AL-FATEH AYSAR CODE NAME : THUNDER - HANA EFRIENA (HE)
- Regular price
- RM 32.40
- Sale price
- RM 32.40
- Regular price
-
RM 36.00
Share
VOL 1 : Misi Tawan Hati
Dia berkahwin supaya si kekasih menjadi seorang tentera. Dia menunggu lebih 11 tahun, namun dia ditinggalkan di kampung selepas si kekasih hati berkahwin dengan wanita lain. Dan siapa sangka, rupanya peraturan Allah SWT itu lebih indah buat seorang Teratai Daneen.
> “Ingat tak Allah SWT pernah temukan kita tiga tahun lepas? Waktu tu awak kenalkan nama awak sebagai Teratai Daneen. Dan kalau awak nak tahu sejak daripada hari itu saya tak pernah lupakan awak.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Jatuh cinta pandang pertama. Menyebabkan Fateh lagi gemuruh cuba untuk menawan hati Teratai. Malangnya, kisah lalu buat Teratai terasa serik mahu menyerahkan hati dia pada mana-mana lelaki lagi.
> “Awak buat apa di kampung saya, Fateh?”
— Teratai Daneen
> “Saya ada misi di sini. Misi untuk tawan hati awak dan bawa balik menantu untuk umi saya.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Kata Teratai,
> “Jangan tunggu saya, Fateh. Sebab saya dah lupa macam mana untuk jatuh cinta.”
— Teratai Daneen
Namun ‘kata’ takdir, mereka tetap perlu menyatu. Insiden rumah Teratai terbakar, bagaikan satu peluang untuk Fateh masuk ke dalam hidup wanita itu.
> “Saya boleh jadi tempat awak berteduh, Alai. Saya boleh jadi pelindung awak.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Lafaz akad termeterai, walaupun berulang kali Teratai menolak. Namun saat Teratai tahu status sebenar seorang Al-Fateh Aysar, rasa rendah diri buat Teratai sedikit menjauh.
> “Siapa awak yang sebenarnya, Fateh?”
— Teratai Daneen
> “Al-Fateh Aysar bin Datuk Ashraf. Jelas-jelas yang kaya tu walid saya, Alai. Kalau awak nak saya jadi ‘Datuk’ juga, cepat-cepatlah bagi saya anak. Nanti anak kita dapat anak, kita dapat cucu. Saya pun boleh jadi ‘Datuk’.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Jawapan Fateh tak pernah serius. Namun jawapan sebegitu jugalah buat hati Teratai rasa terpujuk.
> “Saya sayangkan awak, Alai. Bagi saya tempoh setahun untuk buat awak cintakan saya dan buktikan saya ikhlas dengan awak.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
> “Kalau awak gagal?”
— Teratai Daneen
> “Saya akan cuba lepaskan awak dan ingatkan diri sendiri yang sampai bila-bila awak takkan pilih saya.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Agak-agak berjaya ke Fateh dengan misi tawan hati dia? Dan Teratai, mampukah dia membalas cinta Fateh tanpa peduli akan kisah silamnya dan Shad Zawir?
VOL 2 : Suami Terpaling Greenflag
Dalam seragam tentera seperti Kapten Al-Fateh Aysar memang tampak tegas. Di rumah pula akan jadi suami yang romantis. Auranya terlalu kuat. Pendek kata, Al-Fateh Aysar memang idaman wanita-wanita di luar sana untuk dijadikan suami.
> “Hello, Bravo Team. This is your captain speaking. Kapten Al-Fateh Aysar. Welcome to critical military training. As briefed, we’re in Close Quarter Combat (CQC) training. Ready or not, we never step back. If the thunder don’t get you, the lightning will.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Dan masalah besar Fateh muncul, bila Qiana yang jatuh cinta dengan dia. Budak mentah macam ni, sifatnya memberontak. Lagi dilarang, lagi dia melawan.
> “Kenapa kahwin dengan orang lain? Kenapa tak tunggu Qiana habis belajar?”
— Qiana
Fateh rahsiakan tentang Qiana demi menjaga hati seorang Teratai. Tatkala rahsia itu sampai ke pengetahuan Teratai, Teratai berkecil hati. Fateh jadi tak reti hendak memujuk bila Teratai menjauh. Sehinggalah Fateh guna cara ‘licik’ untuk paksa Teratai berdepan dengan dia kembali.
> “Encik, boleh baring tak? Saya nak kena pasang drip ni.”
— Dr. Balqis
> “Tak apa, nurse. Tiba-tiba saya dah rasa sihat sikit. Lagipun ‘ubat’ paling mujarab saya dah sampai ni.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
> “Habis tu, IV drip ni macam mana? Doktor suruh saya…”
— Dr. Balqis
> “Nurse pasang aje brannula tu dekat tangan kawan saya. Dia pun sakit juga tu. Sakit putus cinta, nurse.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Bukan mudah hendak meyakinkan seorang Teratai bahawa hatinya hanya untuk si isteri, kerana Fateh tahu ‘luka’ lama di hati Teratai itu pasti sesekali akan berdenyut pedih.
> “Jangan tinggalkan saya, Fateh. Jangan sesekali ‘pergi’ sebab… sebab saya risau kalau awak hilang, saya tak tahu macam mana nak teruskan hidup saya tanpa awak.”
— Teratai
Dan selepas itu, Fateh akan mengelak apa saja yang boleh membuat Teratai susah hati.
> “Hello, Abang Fateh. Qia datang nak beraya ni…”
— Qiana
> “Maaf, Qia. Hari ni Abang Fateh buat rumah tertutup. Kalau Qia nak beraya, Qia pergi rumah terbuka orang lain ya?”
— Kapten Al-Fateh Aysar
> “Hah? Rumah tertutup? Sampai bila? Raya kan sebulan…”
— Qiana
> “Nanti kalau perlu buka, baru Abang Fateh buka. Buat masa sekarang, rumah Abang Fateh tertutup. Qia baliklah dulu.”
— Kapten Al-Fateh Aysar
Walaupun ada kala alasannya jelas tidak logik, Fateh tak peduli. Kerana bagi Fateh menjaga hati seorang Teratai Daneen itulah yang utama. Agak-agak mampu ke mereka berdua kekal bahagia pada saat seorang Qiana muncul mengganggu rumah tangga mereka? Dan mampukah cinta dan sayang Fateh yang tulus itu meyakinkan Teratai yang Fateh takkan sesekali berpaling pergi?