• EASYSTORE MOTIVASI UMUMMMMM-03
  • EASYSTORE MOTIVASI UMUMMMMM-04
1

UMUM : BERDAMAI DENGAN STRESS - USM

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Konsep berdamai dengan stres dalam buku ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas berkaitan stres, bagaimana persepsi memainkan peranan penting dalam menafsir sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kita mencipta stres. Selain daripada itu, penulis menerangkan dengan jelas kesan stres kepada tubuh badan iaitu apa yang berlaku di otak sehingga menyebabkan gejala fizikal seperti jantung yang berdegup kencang dan berpeluh. Penulis juga menekankan kaitan antara fikiran, emosi dan tingkah laku untuk memahami teknik mengurangkan gejala anxiety melalui psikoterapi.

Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah difahami dan mengandungi fakta sains yang diilustrasikan dengan gambar untuk menjadikannya lebih mudah difahami. Anda boleh mencuba sendiri beberapa teknik yang dijelaskan dalam buku ini dengan mengikut panduan senarai semak yang diberikan di bahagian latihan. Jika anda suka membaca buku tentang melakukan sesuatu sendiri atau DIY (Do It Yourself), anda pasti menyukai buku ini!

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat seperti pelajar, ibu bapa, guru-guru dan juga doktor perubatan di klinik dan hospital. Setelah membaca buku ini, anda pasti yakin dengan kemampuan anda untuk membezakan antara stres dan anxiety serta dapat menangani stres yang dihadapi dengan lebih baik.