• EASYSTORE MOTIVASI UMUMmmmmmmm-01
  • EASYSTORE MOTIVASI UMUMmmmmmmm-02
1

UMUM : SIRI KLASIK PAK SAKO PUTERA GUNUNG TAHAN - BIBLIO PRESS

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Putera Gunung Tahan merupakan sebuah novel satira karya Ishak Haji Muhammad atau nama penanya, Pak Sako, yang memuatkan sindiran dan tantangan terhadap seorang pegawai British yang menduduki dan mentadbir negara ini. Novel ini telah ditulis pada tahun sebelum Malaysia mengalami kemerdekaan iaitu pada tahun 1937. 

Putera Gunung Tahan bertindak sebagai salah satu cara mencapai kemerdekaan yang dilakukan oleh penulis melalui cara tulisan di mana pada masa itu kebebasan bersuara adalah sangat terbatas justeru penyampaian sastera secara berkias digunakan oleh penulis. Protes ini dilahirkan bagi mengangkat semangat nasionalisme kepada masyarakat. Novel ini menggarapkan semangat nasionalisme dalam bentuk satira. Pak Sako menggunakan lambang-lambang seperti Gunung Tahan, orang-orang sakai dan kulit harimau putih bagi menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di kalangan khalayak pembaca. Perlambangan ditonjolkan oleh pengarang memandangkan situasi pada waktu itu tidak mengizinkan Ishak untuk menulis secara terus terang.