CERITA KANAK-KANAK: KOMIK SAINS INFORMATIF - PTS JUNIOR
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 20.00
Share
**Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Serangga**
Mari terokai dunia serangga yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies serangga yang mendominasi dunia haiwan. Walaupun sering dianggap sebagai makhluk perosak, namun terdapat simbiosis antara serangga dengan hidupan lain.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Serangga manakah yang tidak menyerupai ibu bapanya?
- Apakah saling kaitan belalang treehopper dengan semut?
- Ketahui kehebatan sang lebah
- Kupu-kupu monarch, si penerbang terhandal
- Penyamaran belalang orkid
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, hidupan laut, tubuh badan manusia, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
**Komik Sains Informatif: Kembara ke Tubuh Badan Manusia**
Mari terokai sistem tubuh badan manusia yang unik dan menarik. Pelajari sistem tubuh badan yang membuatkan kita mampu bergerak melakukan pelbagai aktiviti harian. Bermula daripada rahsia menjadikan akar rambut sihat hingga rahsia organ terbesar dalam tubuh badan manusia dijelaskan dalam buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Mengapa kita mempunyai tulang?
- Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat?
- Bagaimanakah tubuh badan kita memahami dunia melalui deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, hidupan laut, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
**Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Tumbuh-tumbuhan dan Kulat**
Mari terokai dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat yang unik dan menarik. Tumbuhan dan kulat yang terdapat di sekeliling saling berkaitan dengan manusia. Daripada pokok baobab Afrika hingga trufel yang berbau harum, mari mengembara ke dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Bagaimanakah tumbuhan dan kulat memperoleh nutrien?
- Mengapakah sesetengah tumbuhan melakukan penyamaran?
- Apakah manfaat terbesar tumbuhan kepada manusia?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, hidupan laut, serta tubuh badan manusia.
**Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Hidupan Laut**
Mari terokai dunia hidupan laut yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies hidupan laut yang menghuni lautan di dunia. Daripada rumput laut hinggalah kepada hidupan laut yang terbesar di dunia dijelaskan dalam buku.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah kisah legenda ikan duyung?
- Apakah bintang yang popular di dasar laut?
- Mengapakah ikan buntal mengembang dan menguncup?
- Apakah keistimewaan ikan tuna sirip biru?
- Apakah unicorn yang hidup di dasar laut?
Siri Komik Berinformatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, tubuh badan manusia, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.