KOMIK : KOMIK-M SKUAD MEKANIKA - PTS
- Regular price
- RM 14.40
- Sale price
- RM 14.40
- Regular price
-
RM 16.00
Share
Skuad Mekanika #1: Ekspedisi di Pulau Misteri
Lima orang remaja, Ash, Lam, Mohan, Is, dan Jason mempunyai satu persamaan, iaitu terdesak dan memerlukan wang. Dalam situasi terhimpit, mereka tertarik dengan satu program yang diberi nama Survival Statics.
Tanpa banyak soal, mereka terus mendaftar dan menandatangani kontrak untuk menyertai program yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan itu tanpa mengetahui risiko serta ujian yang sedang menanti mereka di sebuah pulau misteri.
Skuad Mekanika #2: Misi Membebaskan Diri
Ash, Is, Jason, Lam, dan Mohan masih terperangkap dalam siri ujian maut yang menjanjikan ganjaran wang tunai yang lumayan. Semakin jauh mereka melangkah, semakin bahaya tahap ujian yang perlu diharungi. Namun, mereka tidak punya pilihan. Satu-satunya jalan keluar adalah dengan terus mara ke hadapan. Dapatkah mereka bertahan dan menamatkan setiap cabaran dengan jayanya tanpa mengorbankan sesiapa?