• EASYSTORE BUKU AGAMAaaaaaaaaaaa-01
  • EASYSTORE BUKU AGAMAaaaaaaaaaaa-02
1

AGAMA : AL-QURAN BERCERITA TENTANG SYURGA - PUSTAKA ILMUWAN

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Syurga itu adalah tempat kenikmatan yang kekal sempurna di akhirat yang tidak ada di dalamnya kekurangan sama sekali. Ia disediakan oleh Allah bagi mereka yang mentaati perintah-Nya dan tidak mengingkari kebenaran yang dibawa Rasul-Nya, iaitu orang yang beramal soleh sesama hidup di dunia.

Tidak ada kenikmatan di dunia yang dapat menandingi kenikmatan syurga. Para penghuni syurga tidak pernah merasa susah atau kepenatan, tidak bosan, serta perlu berusaha keras, cukuplah di dunia berpenat dan berusaha keras dan gigih mempertahan iman dan ketakwaan kepada Allag. Di syurga tinggal memetik hasilnya sahaja, hasil dari amal-amal kita semasa hidup di dunia. Kita di sana tidak pernah akan menjadi tua dan sudah tidak ada lagi kematian apabila menjadi penghuni syurga.

Kenikmatan yang ada di syurga menggambarkan bahawa Allah memberikan rahmat-Nya begitu luas sampai tidak terhitung oleh makhluk-Nya. Namun perkara itu bukan hanya semata-mata dari perbuatan amal soleh yang dilakukan oleh seorang hamba.

Marilah kita berlumba-lumba dalam kebaikan dan beramal soleh, demi meraih redha Allah SWT agar kelak di hari akhirat, Allah berikan tiket kepada kita untuk masuk menghuni syurgaNya.