• 9789838223348-01
  • 9789838223348-02
1

AGAMA : HIDAYATUS SALIKIN (EDISI KITAB KUNING KLASIK) - FAJAR PAKEER

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

HIDAYATUS SALIKIN

Fi Suluki Maslakil Muttaqin


Naskhah kuno merupakan hasil karya manusia yang berbentuk tulisan yang usianya sudah berpuluh-puluh tahun, yang harus dikekalkan dan dijaga dengan baik agar informasi yang terdapat di dalamnya dapat disampaikan kepada generasi berikutnya. Salah satu di antaranya ialah kitab Hidayatus Salikin karangan Syaikh Abdus Shamad Al-Palimbani.


Kitab Hidayatus Salikin ini ditulis dalam bahasa Melayu pada tahun 1192 H / 1778 M. Ia kerap disebut sebagai terjemahan kepada kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali. Tetapi di samping menerjemahkannya, Syaikh Abdus Shamad juga membahaskan tentang pelbagai masalah yang dianggapnya penting di dalam buku ini dengan mengutip pendapat Imam Al-Ghazali dalam pelbagai dan para sufi lainnya. Dalam kitab ini beliau menjelaskan tentang satu sistem ajaran tasawuf yang memusatkan perhatian pada cara pencapaian ma‘rifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam.


Kitab Hidayatus Salikin merupakan huraian kepada kitab Bidayatul Hidayah, iaitu ringkasan kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Buku ini berisi pelbagai amalan berdasarkan Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama. Dalam penyusunan kitab ini, penulis membahagi perbahasan kepada mukadimah dan 7 bab perbahasan serta diakhiri dengan penutup.