• EASYSTORE BUKU AGAMAaaaa-03
  • EASYSTORE BUKU AGAMAaaaa-04
1

AGAMA : HIKMAH DAN FADHILAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH 0 DARUL NU'MAN

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 20.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Kerinduan menyahut lambaian Ka'bah menggamit setiap relung hati insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap denyut nadi insan yang mendambakan kemesraan kekasih. Jiwa dan raga dipenuhi harapan limpahan kurnia dan redha ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala rintangan dalam memenuhi panggilan Allah.

Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi haji yang mabrur bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi haji yang mabrur itu hanya syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa maka umat Islam akan menikmati kesempurnaan ibadah haji, umrah dan ziarah.

Semoga buku ini memberikan sumbangan terhadap umat Islam dalam mempersiapkan diri memenuhi seruan ke tanah suci dengan harapan memperoleh haji mabrur, insya Allah.