AGAMA : KISAH-KISAH PARA NABIL DAN RASUL (HARDCOVER) - AL-HIDAYAH
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Tidak diutuskan para Nabi dan Rasul itu melainkan untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah S.W.T. dan mendaulatkan hukum-hukumNya di dalam semua bidang dan lapangan kehidupan.
Ertinya tugas Nabi dan Rasul adalah cukup besar dan mencabar dalam usaha mereka menyampai risalah Allah S.W.T. ke tengah masyarakat jahiliyah.
Pelbagai bentuk ancaman, ugutan dan fitnah yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul dari golongan penentang yang terdiri daripada pemimpin puak dan kaum jahiliyah.
Dengan bekalan iman dan sifat sabar, para Nabi dan Rasul akhirnya berjaya meletakkan agama Allah S.W.T. itu diribaan kaum dan puak sejak umat di zaman Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Ini semua dapat ditelaah bersama dan mengambil iktibar melalui pembacaan buku ini seramai 25 kisah para Nabi dan Rasul yang wajib diketahui telah dimuatkan didalam buku ini.
Mari bersama-sama kita menelusuri kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan mereka yang sewajarnya menjadi aspirasi kepada kita dalam membangunkan kehidupan orang-orang yang bertaqwa pada hari ini.