AGAMA : KITAB AL-MUHIMMAH & AL-MAWA'IZH AL-BADI'AH - FAJAR PAKEER
- Regular price
- RM 16.20
- Sale price
- RM 16.20
- Regular price
-
RM 18.00
Share
KITAB AL-MUHIMMAH & AL-MAWA’IZH AL-BADI’AH
Kehidupan berumah tangga ada pasang dan surutnya. Sesuatu yang merugikan jika kemanisan dalam rumah tangga tidak dapat dinikmati sepenuhnya hanya kerana suami atau isteri tidak mahu berusaha memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani ini menghuraikan peranan seorang suami terhadap isteri dan seorang isteri terhadap suami. Ia sering menjadi rujukan para penceramah ketika memberi kuliah dalam bidang perkahwinan. Malah kitab ini juga amat sesuai dijadikan rujukan pasangan suami isteri bagi mewujudkan persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam perkahwinan.
Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa’izh Al-Badi’ah. Ia adalah salah satu karya Syeikh Abdurrauf as-Singkili, seorang ulama besar Aceh. Karya ini merupakan kumpulan pengajaran yang bersumber daripada Al-Qur’an, hadis, ucapan sahabat Nabi, dan ulama-ulama besar. Pada hampir setiap pengajaran, selalu dimulakan dengan perkataan Allah SWT.