• KAPAL TITANIC & LEMBAH INDUS-01
  • KAPAL TITANIC & LEMBAH INDUS-04
1

AGAMA : MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN AWAL DUNIA LEMBAH INDUS - HRP

Regular price
RM 34.11
Sale price
RM 34.11
Regular price
RM 37.90
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Pabila kita menyelusuri pensejarahan tamadun awal tua dunia, maka akan terbayanglah nama-nama seperti Mesopotamia, Mesir Kuno Purba, Huang He, Yunani/Greek, Rom rentas hingga nusantara. Kebanyakn tamudun-tamadun tersebut muncul sekitar 4000SM. Jika dihitung anggaran usianya adalah lebih kurang 6000 tahun. Adakah tamadun tertua didunia dipegang oleh Tamadun Mesopotamia yang usianya sudah menjangkau 6000 tahun? Atau terdapat tamadun lain yang lebih tua usianya? Di sinilah bermula pencarian permata di lembah sungai di sebuah benua kecil yang jauh daripada kemasyhuran ketamadunan manusia yang ditawarkan dunia moden. Benua kecil India, di lembangan sungai indus, lahirnya Tamadun Lembah Indus yang berusia lebih 7000 tahun. 1000 tahun lebih tua berbanding Mesopotamia yang selama ini memegang rekod tamadun tertua dunia. Sisa-sisa tinggalan di tapak galicari arkeologi Harappa dan mohenjado serta puluhan bandar lain sekitar lembah sungai indus telah memberi makna baru kepada pensejarahan tamadun tua dunia.Tamadun ini bertunas di celahan aliran air sungai indus yang membawa pelbagai unsur alam dalamya.Tamadun ini muncul dan menjadi tamadun terawal yang dirakamkan melalui tinggalan kekal mereka iaitu pembinaan pembandaran terancang yang seragam antara bandarnya walaupun terpisah jaraknya melebihi ribuan kilometer. Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah kronologi perkembangan tamadun tersebut. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun indus melalui sudut bukti monumen dan karya ulang yang masih tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini. Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya yang masih diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada tamadun Awal di Benua Kecil India. Seterusnya, ditelusuri juga perkembangan pasca Tamadun Indus dan perkembangan islam yang membentuk Dinasti Moghul.