AGAMA : MEMBONGKAR MISTERI BOROBUDUR WARISAN ISTANA RATU SABA' ? - HRP
- Regular price
- RM 34.11
- Sale price
- RM 34.11
- Regular price
-
RM 37.90
Share
BOROBUDUR adalah istana Ratu Saba’ atau Ratu Balqis. Negeri Saba’ yang hilang pada zaman Nabi Sulaiman dan digambarkan sebagai sebahagian dari syurga yang ada di bumi, ternyata berada di Indonesia. Fakta mengejutkan itu disampaikan oleh ahli matematik Islam, KH Fahmi Basya Hamdi. Melalui kajian selama lebih 33 tahun, sejak 1979 hingga kini, beliau bukan hanya memaparkan tentang peninggalan Nabi Sulaiman yang agung tetapi mengubah sejarah Nusantara. ‘Al-Quran datang tidak hanya meluruskan ilmu tauhid dan akhlak manusia, tetapi juga meluruskan dunia kepurbakalaan kita,’ kata KH Fahmi Basya Hamdi seperti dikutip dalam buku beliau yang berjudul ‘Borobudur dan Peninggalan Nabi Sulaiman’, cetakan ke-7, Januari 2014, terbitan Zaytuna. Menurut beliau , ciri-ciri Negeri Saba’ yang pernah disinggahi Nabi Sulaiman dan tenteranya telah digambarkan dengan jelas dalam Al-Quran, melalui kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Kisah itu bermula ketika Sulaiman pergi ke Yaman. Ketika berad di Yaman, Sulaiman meminta kepada burung hud-hud (sejenis belatuk) untuk mencari sumber air. Selepas lama disuruh dan tidak kembali, bahkan selepas dipanggil, burung hud-hud akhirnya kembali. ‘ Aku telah terbang untuk mengintip dan berjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan’ demikian kata burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman .