• EASYSTORE BUKU AGAMAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa-01
  • EASYSTORE BUKU AGAMAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa-02
1

AGAMA : MENGENAL ALLAH - 50 KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM - SRI SAUJANA

Regular price
RM 13.50
Sale price
RM 13.50
Regular price
RM 15.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Secara asasnya, setiap muslim seharusnya sedar dan tahu akan kewajipan mereka sebagai umat Islam. Mereka tidak hanya terikat dalam melaksanakan rukun Islam yang lima itu sahaja dan beriktikad dan beriman dengan 6 rukun iman yang telah digariskan dalam Islam. 

Pelaksanaan rukun Islam dan pegangan rukun iman itu harus dilaksanakan seiring dengan tindakan-tindakan lain yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia sama ada dari segi percakapan, perbuatan mahupun tindakan seharian dalam kehidupan yang bergelar muslim.

Setiap muslim seharusnya terlebih dahulu mengenal tuhan yang satu, yang maha Agung supaya dengan ini menjadikan keimanan dan keyakinan terhadap Allah, iaitu akidah Islam kukuh dan bertambah meningkat.

Kemudian, terdapat juga kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan seorang muslim, iaitu mentaati Allah dan Rasul, menghadapi kematian, berzikir kepada Allah, pelaksanaan amanah dan sebagainya.

Di akhirnya, dengan mentaati perintah dan larangan tersebut akan membentuk peribadi muslim yang unggul dan cemerlang.