• 9789838222723-01
  • 9789838222723-02
1

AGAMA : PENAWAR BAGI HATI ( EDISI KITAB KUNING KLASIK) - FAJAR PAKEER

Regular price
RM 15.30
Sale price
RM 15.30
Regular price
RM 17.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

PENAWAR BAGI HATI


Kitab Penawar Bagi Hati ini telah ditulis oleh Al-Allamah Al-Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Indunisi al-Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al-Haram pada zamannya.


Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini beliau susun sebagai peringatan buat diri beliau sendiri dan peringatan bagi mereka yang baru belajar ilmu tasawwuf. Beliau menamakannya “Penawar Bagi Hati” kerana di dalamnya dijelaskan tentang perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menghiasinya.


Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah kerap membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.