• PAK LATIP PERANG MU'TAH-01
  • PAK LATIP PERANG MU'TAH-02
1

AGAMA : PERANG MU'TAH ( MENANG ATAU SYAHID) - PAK LATIP

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Perang Mu'tah berlaku pada 5 Jamadilawal tahun kelapan Hijrah bersamaan 629 Masihi. Peperangan ini berlaku sebagai tindak balas atas pembunuhan utusan Nabi Muhammad SAW ke wilayah Kerajaan Ghassan ketika baginda mahu menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom. Al-Harits bin Umair al-Azdi telah dipenggal kepalanya.

Dalam peperangan itu, Nabi Muhammad SAW tidak ikut berperang. Baginda telah melantik tiga orang ketua panglima untuk memimpin tentera Islam yang berjumlah 3,000 orang. Tentera Islam perlu berhadapan dengan 200,00 tentera Rom yang terdiri daripada gabungan antara kaum Nasrani Rom dan Nasrani Arab sekitar dataran Syam, jajahan Rom.

Daripada Anas RA, Nabi Muhammad bersabda:

"Zaid memegang panji, kemudian gugur. Panji itu diambil oleh Jafar dan ia pun gugur. Panji itu diambil oleh Ibnu Rawahah dan ia pun gugur..." Saat itu, beliau menitiskan air mata seraya melanjutkan sabdanya, "Akhirnya panji itu diambil oleh Pedang Allah (Khalid bin Walid) dan akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka (kaum Muslimin)."

- Hadis riwayat Imam Bukhari