• PAK LATIP UMAR AL-KHATTAB-01
  • PAK LATIP UMAR AL-KHATTAB-02
1

AGAMA : UMAR AL-KHATTAB (PEMISAH KEBENARAN & KEBATILAN) - PAK LATIP

Regular price
RM 32.40
Sale price
RM 32.40
Regular price
RM 36.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Pada mulanya, beliau antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Nabi Muhammah SAW. Namun selepas memeluk Islam, hati beliau yang keras itu digunakannya bagi membela Rasulullah dan Islam. Berani dan gagah menentang mereka yang memusuhi Rasulullah sehingga mendapat gelaran al-Faruq (yang dapat membezakan antara benar dan batil).

Saiyidina Umar al-Khattab berjaya membuat pembaharuan pada pemerintahan Islam. Beliau adalah pengasas kepada sistem politik Islam dan pelaksana undang-undang syariah dalam negara. Beliau memperkenalkan pasukan polis untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan membina markas tentera. Beliau juga memajukan sistem pertanian serta menyusun ekonomi Islam, membina bandar-bandar baharu bagi mengembangkan budaya Islam dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

"Sesungguhnya pada umat-umat sebelum kamu terdapatmanusia yang diberi ilham (walaupun tidak menjadi nabi). Jika ada yang seperti itu di antara umatku, makan dia adalah Umar."

(Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3689)