AGAMA : DI BALIK TABIR KEMATIAN - PUSTAKA AL-EHSAN
- Regular price
- RM 39.60
- Sale price
- RM 39.60
- Regular price
-
RM 44.00
Share
Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba Allah yang beriman. Hanya saat kematian itu sahaja yang kita tidak pasti bila, bagaimana dan di mana.
Sabda Rasulullah SAW, "Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman." Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.
InsyaAllah buku ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang ingin menyingkap tentang soal kematian, daripada saat kematian, di alam kubur, ketika hisab dan juga balasan syurga atau neraka. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yang dipaparkan.