AGAMA : FIQH BERSUCI DAN SOLAT-KUPASAN DAN SOAL JAWAB - PUSTAKA ILMUWAN
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Ibadat merupakan sebab utama manusia dan jin diciptakan. Manusia ditaklifkan untuk
menjunjung tinggi konsep kehambaan melalui kesediaan menjalankan ibadat rutin yang
disyariatkan oleh Allah sebagai manifestasi hubungan manusia dengan Allah di
samping menjaga hubungan dan muamalat sesama mereka. Teras kepada ibadat adalah
solat kerana ia adalah tiang agama sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah
Dalam melakukan ibadat solat maka beberapa perkara perlu dilaksanakan terutamanya
yang membabitkan syarat-syarat sah solat. Pra syarat kepada solat ialah kebersihan dari
segenap aspek yang diungkapkan dalam perbincangan ilmu Fiqh sebagai Bab Taharah
(bersuci). Justeru, buku yang diberi judul "Fiqh Bersuci dan Solat: Kupasan dan Soal
Jawab" bakal membincangkan perkara tersebut.
Perbincangan dalam buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Fiqh Taharah dan
Fiqh Solat. Bagi setiap bahagian perbincangan adalah menurut urutan tajuk-tajuk ilmu
Fiqh seperti yang terdapat dalam kitab-kitab Fiqh disamping memuatkan soalan dan
jawapan berkaitan tajuk yang dibincangkan supaya pembaca dapat menghayati isi
kandungan terbabit dengan lebih jelas.