• IQRA 6-03
  • IQRA 6-04
1

AGAMA: KAEDAH MUDAH BELAJAR AL-QURAN IQRA - FAJAR PAKEER

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggungjawab secara fadhu ain kepada umat islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu,bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.

Ibnu khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa "al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peirngkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak"' Yusof Qaradhawi, (2010) menegaskan antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.

Kaedah Mudah Belajar al-Quran "IQRA" merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI.

============================================================================================

Kelebihan Iqra' ini:

-Mempunyai formula asas mudah tajwid

-Mempunyai kaedah penandaan

-Resam uthmani

-Disertakan dengan Surah-surah Lazim