• AGAMA 2 - BUKU (6)-04
  • AGAMA 2 - BUKU (6)-01
1

AGAMA : MENYEMAI NAMA ALLAH DI HATI SYARAH 99 NAMA ILAHI - CRESCENT NEWS

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 40.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Kitab ini asalnya ditulis oleh Imam al-Suyuthi bagi menerangkan maksud bagi setiap nama-nama Allah yang indah. Seperti mana yang thabit dalam hadis, nama-nama Allah ada 99 kesemuanya. Nama-nama ini mewakili sifat-sifat Allah yang sempurna. Oleh itu, memahami nama-nama Allah adalah tidak sama seperti kefahaman kita secara literal kerana hakikat maksudnya hanya Allah yang mengetahuinya. Namun, para ulama tidak putus-putus menulis kitab bagi menghuraikan nama-nama Allah agar mudah difahami oleh orang Islam. Ada ulama yang mensyarahkannya secara panjang lebar dan ada juga yang menghuraikan secara ringkas. Kitab al-Ujalah al-Hasna yang dikarang oleh Imam al-Suyuthi termasuk dalam kelompok syarahan ringkas, maka ia mudah untuk dipelajari oleh orang awam. Kami menyedari bahawa untuk memahami nama Allah dengan lebih tepat, maka kami menyatukan kitab ini dengan huraian Maulana Ihsan Abu Bakar kepada kitab al-Maqsid al-Asna yang merupakan syarah Imam al-Ghazali kepada Asma al-Husna. Huraian Maulana Ihsan disertakan sekali bagi memastikan kefahaman bagi setiap nama Allah lebih terangkum dan terperinci. Oleh yang demikian, membaca dan memiliki kitab ini seolah-olah kita mempelajari nama-nama Allah melalui dua kitab sekaligus iaitu al-Ujalah al-Hasna dan al-Maqsid al-Asna. Insyaalah dengan mengetahui nama-nama Allah kita akan lebih mengenal Allahdan bergantung kepada-Nya