KOMIK : ANTANOM - MUSTREAD
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
ANTANOM 01 - PAHLAWAN WAN AGUNG MURUT
Kedatangan British melalui Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ke Sabah, dilihat menggugat kehidupan dan adat resam masyarakat Murut di sana. Mereka mengerah keringat penduduk tempatan dan menjadikan penduduk tempatan itu sebagai hamba demi mencapai sasaran mereka di Borneo Utara itu, menakluk tanah penuh tradisi itu. Kelahiran seorang bayi bernama Ontoros dilihat sebagai permulaan kepada satu perjuangan yang panjang menentang penjajahan British. Beliau dilatih oleh datuknya, Yontoros bagi mengenal alam dan menjadi seorang pemimpin disegani pada masa hadapan. Beliau dikenali sebagai Antanom yang membawa maksud anti-penjajah oleh pihak British. Perjuangan dua pemimpin tempatan menentang British, Melayak dan Longkab telah menaikkan semangat penduduk Murut yang lain, termasuklah Antanom. Penjajah seperti British perlu ditentang bagi menegakkan keadilan dan mengekalkan kembali tradisi masyarakat Murut. Komik Antanom 1 menjelmakan semangat pahlawan dalam diri masyarakat Murut bagi menentang kezaliman penjajah yang tak pernah putus-putus mahu menggondol kekayaan bumi Sabah.
***********************************************************************
ANTANOM 02 - MENGGEGAR BUMI SABAH
Setelah kematian Melayak dan Longkab ke atas pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB), semangat masyarakat Murut di Rundum semakin meluap-luap untuk menghapuskan dan mengusir British dari tanah Sabah. Antanom yang telah dilatih oleh Yontoros sejak kecil, mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan oleh Melayak dan Longkab dalam serangan yang telah mereka lancarkan sebelum ini. Selama dua tahun, Antanom dan pengikut-pengikutnya telah melakukan rancangan dan membina kubu untuk mempertahankan tanah mereka daripada pihak SBUB. Pada tahun 1915, kebangkitan Antanom sampai ke kemuncaknya. Beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan hendap ke atas kem-kem SBUB yang telah menggegarkan dan menghancurkan kem-kem itu. Serangan bagaikan menyentak sang singa yang sedang tidur. Pihak SBUB membalas serangan itu dan menggunakan pelbagai helah yang licik menyebabkan Antanom terpaksa menyerah kalah. Komik Antanom 2 bukan lagi sekadar cerita perjuangan menentang penjajah semata-mata, tetapi cerita kecintaan pahlawan kepada masyarakat dan keluarganya.