KOMIK : DATO' MAHARAJA LELA - MUSTREAD
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
DATO' MAHARAJA LELA 01 - TANAH YANG BAKAL TERGADAI
Setelah Perjanjian Pangkor 1874 termeterai, British mula campur tangan dalam pentadbiran negeri Perak. British tidak datang dengan niat membangun, sebaliknya untuk menakluk! Penempatan J.W.W. Birch sebagai Residen mengundang kemarahan pembesar dan masyarakat tempatan. Para pembesar semakin kehilangan kuasa, manakala rakyat dizalimi! Kemuncak kemarahan mereka apabila Birch yang angkuh mahu menghapuskan sistem cukai tradisional, menghina adat istiadat tempatan serta campur tangan dalam urusan agama Islam. Komik Dato' Maharaja Lela 1 menampilkan perjuangan Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya untuk menghapuskan Birch sebelum Perak tergadai sepenuhnya kepada penjajah! Darah penjajah pertama ini akan menjadi permulaan kepada kebangkitan!
***************************************************
DATO' MAHARAJA LELA 02 - TRAGEDI DI PASIR SALAK
Sinopsis Mesyuarat Durian Sebatang 1875 menyaksikan mesyuarat yang penuh ketegangan - menyatukan antara maruah, kedaulatan dan kemerdekaan negeri Perak. Keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh para pembesar utama seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, dan Pandak Endut bakal menggemparkan seluruh negeri Perak! Pagi 2 November 1875 merupakan detik yang mengubah segalanya. Di tebing Sungai Perak, darah penjajah akhirnya tumpah di bumi Pasir Salak! Birch, yang angkuh dan tidak pernah menghiraukan amaran pembesar Melayu rebah di tangan Sepuntum. Namun, kematian Birch hanyalah permulaan kepada serangan balas dendam British yang lebih dahsyat. British datang mengganas, membakar kampung-kampung dan meruntuhkan setiap sisa harapan yang ada. Komik Dato’ Maharaja Lela 2 menyaksikan penghujung perjuangan anak watan Perak yang akan tercatat sebagai warisan keberanian.