• KOMIK MR DOL SAID 1
  • KOMIK MR DOL SAID 2
1

KOMIK : DOL SAID - MUSTREAD

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

DOL SAID 01 - BANGKITNYA PEJUANG DI BALIK HUTAN

Selepas Perjanjian London 1824, British mula menguasai Melaka dan cuba mengenakan cukai ke atas Naning. Naning juga merupakan laluan penting bagi perdagangan ke Melaka. Sekiranya British menguasai Naning, penduduknya akan kehilangan hak mereka terhadap tanah dan adat resam. Di kala penduduk kampung mulai bimbang dan resah, Dol Said, penghulu Naning bangkit membela rakyatnya dan mempertahankan kedaulatan tanah air daripada British. Walaupun British menggunakan ancaman ketenteraan untuk menakut-nakutkan penduduk, namun mereka tidak berjaya menggugat semangat juang Dol Said dan para pejuang Naning. Mereka bangkit menentang British menggunakan strategi gerila dan perang saraf bagi mengelirukan musuh. Komik Dol Said 1 memuatkan permulaan perjuangan Dol Said dan para pejuang Naning demi menjaga keamanan wilayah seterusnya mempertahankan kedaulatan tanah air

*****************************************************************

DOL SAID 02 - NANING TETAP MELAWAN

Perjuangan akhir Dol Said bukan sekadar perlawanan bersenjata, tetapi lambang keteguhan maruah anak watan. Walaupun berdepan dengan tentera British yang lengkap dengan meriam, senapang moden dan pasukan berkuda, Dol Said dan pasukannya tidak mudah tunduk. Mereka mengatur strategi perang gerila, menggunakan alam sekitar sebagai benteng dan melancarkan serangan dalam senyap. Lebih menyedihkan, berlaku pengkhianatan dari dalam. Namun, Dol Said tetap tidak menyerah. Beliau berjuang hingga ke titisan terakhir, membuktikan bahawa semangat tidak boleh dipadam oleh kekuatan fizikal semata-mata. Komik Dol Said 2 simbol keberanian, pengorbanan dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap tanah air.