• KELUARGA BARU AICHAN SOLAT
  • KELUARGA BARU AICHAN PUASA
  • KELUARGA BARU AICHAN BERDOA
  • KELUARGA BARU AICHAN SEDEKAH
  • KELUARGA BARU AICHAN MENGAJI
1

KOMIK : KELUARGA BARU AICHAN - IMAN PUB

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

1. Keluarga Baru Aichan #1: Misi Mengenal Islam - Solat

Aichan sangka, dia dan Mama akan tinggal berdua selama-lamanya. Aichan suka melihat Mama yang semakin bahagia walaupun telah berpisah dengan Papa. Sehinggalah pada suatu hari...

“Aichan, macam mana kalau Uncle Arif jadi Papa baru Aichan?”

“Hah? Uncle yang ada anak perempuan seorang tu ke?”

Bermulalah pengembaraan Aichan untuk mengenali makanan halal, aurat dan...

Eh, Aichan dapat Papa dan kakak baru juga!


2. Keluarga Baru Aichan #2: Misi Mengenal Islam - Puasa

Sebulan dengan keluarga baru, Aichan mula selesa dan bersemangat untuk belajar tentang Islam daripada Papa dan Mama, terutamanya kakak tiri Aichan, Sarah. Ditambah pula dengan Ramadan yang semakin dekat, Sarah sangat bersemangat untuk berkongsi tentang Islam.Maka,Aichan pun terikut untuk berpuasa sekali buat kali pertama dalam hidupnya.

“Aichan suka Sarah... tapi Sarah ni terlalu cerewetlah!”kata Aichan memprotes.

Semua kesalahan yang Aichan buat dalam solat atau puasa, pasti akan diberitahu. Terkeluar rambut sikit...“Dear Aichan~ No, no, no~”Terselak kain telekung...“Dear Aichan~ No, no, no~”Ambil wuduk tak sempurna...“Dear Aichan~ No, no, no~”

Papa kata, ibadah ini mudah, tetapi kenapa semua yang dilakukan Aichan sentiasa salah?


3. Keluarga Baru Aichan #3: Misi Mengenal Islam - Haji

“Satu bulan? Lamanya!”

Papa dan Mama akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji selama tempoh sebulan. Kata Papa,ibadah haji ialah bukti yang kita mampu berkorban untuk Allah. Mereka perlu korbankan wang, masa, tenaga,dan juga berjauhan dengan keluarga tersayang.

Aichan juga rasa sedih untuk berpisah dengan Papa dan Mama.

Sepanjang ketiadaan Papa dan Mama, Aichan dan kakaknya Sarah akan tinggal di kampung bersama Tok Nek yang garang. Tengok wajahnya yang bengis pun sudah sangat menakutkan!

Apa saja yang Aichan lakukan, pasti kena marah. Tak boleh bising. Tak boleh main. Tak boleh semuanyalah...

Oh, ini bukan kampung, ini penjara!


4. Keluarga Baru Aichan #4: Misi Mengenal Islam - Berdoa

“Ya Allah, berikanlah Aichan PS5, Nintendo Switch, beg sekolah Swan, set pensel warna Faber-Castell, komik Satria Venus #45–kejap,next page!”

“Banyaknya doa Aichan!”

Hari jadi Aichan sudah dekat. Kali ini, Aichan nak buat parti yang paling meriah sebab Aichan ada Papa, Sarah, Tok Nek, serta kawan-kawan baru, Ali dan Aliya. Sebelum ini, Aichan hanya ada Mama.

Parti ini bertemakan Satria Venus, dengan kek empat tingkat! Aichan juga akan dapat paling kurang pun 10 hadiah! Semuanya sudah dirancang dengan sempurna!

Alamak, tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat!

Ali dan Aliya tidak dapat datang. Papa dan Mama tersekat dalam perjalanan dari kampung.Bekalan elektrik pula terputus dan paling teruk, ada tragedi berlaku kepada kek Aichan!

“Mama, Allah tak sayang Aichan ke?”


5. Keluarga Baru Aichan #5: Misi Mengenal Islam - Sedekah

“Tak nak sedekah!”

“Aichan, kan baju tu semua dah tak muat?”

“Sarah tak faham! Aichan sayang baju ni!”

Banyak baju Satria Venus milik Aichan yang sudah tak muat lagi dipakai. Aichan susah hati. Mama dan Sarah pula mahu Aichan sedekahkan bajunya kepada orang lain.

Tapi Aichan tak setuju. Kenapa kena sedekah? Barang yang Mama belikan semuanya mahal. Takkan nak bagi macam tu saja? Kepada orang yang Aichan tak kenal pula tu!

“Baju saja pun! Apa yang susah sangat nak bagi pada orang lain?”

Macam-macam Sarah buat untuk pujuk Aichan supaya sedekahkan bajunya, tapi Aichan tetap berdegil. Sehinggalah Papa datang dan beri cadangan kepada Aichan yang membuatkan Aichan teruja!

Agaknya, apalah yang Papa cakap kepada Aichan?

Adakah Aichan akan terbuka hati untuk memberikan baju-bajunya?


6. Keluarga Baru Aichan #6: Misi Mengenal Islam - Mengaji

“Aichan tak nak mengaji Iqra! Nak mengaji al-Quran macam Mama!”

“Mana boleh macam tu. Sebelum baca al-Quran, Aichan kena pandai baca Iqra dulu.”

Aichan cemburu melihat Mama, Papa dan Sarah mengaji al-Quran bersama-sama setiap hari. Mama pernah kata, Aichan pandai buat semua benda. Jadi, mestilah Aichan nak pandai mengaji juga. Barulah Mama sayang Aichan.

Namun, bila Aichan belajar mengaji Iqra dengan Sarah, Sarah sangat garang! Sampai tergigit lidah Aichan sebab susah nak sebut huruf Iqra.

“Aichan rasa, Aichan ni tak pandailah....”

Melihat kerenah Aichan, Mama rasa perlu untuk bantu Aichan dengan cara lain. Jadi, Mama ajak Aichan buat cookiesuntuk belajar Iqra.

“Oh, ada apa dengan cookies Mama ni?”

Mungkinkah Aichan akan pandai mengaji dengan memakan cookies ini?