• KOMIK MR PARAMESWARA 1
  • KOMIK MR PARAMESWARA 2
  • KOMIK MR PARAMESWARA 3
1

KOMIK : PARAMESWARA (1-3) - MUSTREAD

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

PARAMESWARA 01 - BANGKIT DEMI LEGASI

Pada akhir kurun ke-14, berlaku pergolakan dalam kerajaan Palembang akibat ancaman daripada Empayar Majapahit. Pengasasnya, seorang raja bernama Parameswara (1344M - 1414M) enggan tundur kepada Majapahit dan ingin membebaskan Palembang. hal ini berikutan Parameswara dianggap pewaris sebenar kerajaan Srivijaya yang menguasai Nusantara. Namun, tindakan Parameswara menyebabkan kemarahan oleh Empayar Majapahit. Parameswara berundur mencari tempat baharu untuk dijadikan negeri. Banyak cabaran dan kejadian yang ditempuhi oleh Parameswara untuk mendirikan kerajaan pemerintahannya sehinggalah tiba di Melaka.

******************************************************************

PARAMESWARA 02 - RAJA PENAKLUK SELAT

Setelah berjaya membuka negeri baharu yang diberi nama Melaka pada tahun 1400, Parameswara mula mengatur strategi untuk menjadikan Melaka sebuah empayar perdagangan yang maju dan masyhur. Baginda bijak mengenal pasti potensi lokasi strategik Melaka di Selat Melaka. Selain menjadi laluan utama perdagangan antara timur dan barat, kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin monsun serta bukit yang tinggi menghadap laut sesuai dijadikan kota pertahanan. Bagi menggalakkan kedatangan pedagang dari pelbagai negara pula, Parameswara membangunkan infrastruktur pelabuhan yang cekap serta memastikan keselamatan perdagangan bebas daripada ancaman lanun. Selain itu, kegemilangan Empayar China di timur telah menarik minat Parameswara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. Perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan oleh Empayar China menyebabkan pedagang asing semakin percaya terhadap kestabilan politik Melaka.

******************************************************************

PARAMESWARA 03 - PENGEMBARAAN BERSAMA LAKSAMANA CHENG HO

Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho telah melawat kerajaan Melaka dalam misi kembara mengelilingi dunia. Dalam pertemuan ini, Laksamana Cheng Ho menyampaikan titah Maharaja China, iaitu Maharaja Yongle yang mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang sah. Dengan lawatan itu juga, hubungan antara Melaka dengan Empayar China semakin erat dan menyebabkan Siam tidak lagi mengancam kerajaan Melaka. Semasa lawatan kali ketiga Laksamana Cheng Ho ke Melaka, beliau telah mengajak Parameswara mengunjungi Nanjing. Rombongan diraja Melaka menghadap Maharaja China di Nanjing pada bulan Ogos 1411. Dalam pertemuan itu, Maharaja Yongle telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah. Hari demi hari, kerajaan Melaka semakin makmur atas kebijaksanaan Parameswara mentadbir negeri dan menjalin hubungan dengan negara lain. Setelah sekian lama mentadbir Melaka, Parameswara meninggal dunia pada tahun 1414. Tampuk pentadbiran Melaka diambil alih oleh anak baginda, iaitu Megat Iskandar Syah. Komik Parameswara 3 memuatkan kisah keagungan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kejayaan ini menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan serta kesinambungan pemerintahan Melaka walaupun selepas pemergian Parameswara.