KOMIK : PLANTS VS ZOMBIES KOMIK ROBOT - UPH
- Regular price
- RM 14.31
- Sale price
- RM 14.31
- Regular price
-
RM 15.90
Share
PLANTS VS ZOMBIES SIRI KOMIK ROBOT :
1) PERTARUNGAN DALAM MAZE ROBOT
Di Pekan Botani datangnya dua kawan baharu, iaitu Pendekar Hijau dan Suar Suria dari dunia perwira. Bolehkah mereka hidup berbaik-baik antara satu sama lain? Pada masa yang sama, Profesor Zombi telah mencipta sebuah robot kecerdasan buatan super yang dipanggil “Turing”. Apakah muslihat yang sedang dirancangkan Profesor Zombi di sebalik semua ini? Dalam misi mendedahkan perancangannya, Geng Botani telah terperangkap dalam maze robot. Bolehkah mereka melepaskan diri daripada perangkap itu? Buku ini memperkenalkan robot-robot seperti robot kecerdasan buatan, robot perkhidmatan, robot eksoskleton dan robot tukang masak. Anda juga boleh memahami pengetahuan yang berkaitan dengan konsep, perkembangan sejarah dan pengelasan robot melaluinya
2) PERTUNJUKAN PERTARUNGAN HEBAT
Pekan Botani diserang Profesor Zombi secara tidak disangka. Meskipun Pendekar Hijau dan Suar Suria yang bergelar hero berjaya menyelamatkan penduduknya, namun mereka dihalau keluar dari pekan kerana telah menyebabkan kerosakan. Demi membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut, mereka bertekad untuk menyertai suatu pertarungan robot yang ditawarkan hadiah lumayan. Apa yang tidak disangka ialah pertarungan ini sebenarnya muslihat yang dirancang Profesor Zombi untuk menghapuskan penduduk Botani. Bolehkah hero menewaskan Zombi dan menyelamatkan penduduk Pekan Botani? Robot yang julung kali muncul dalam episod ini termasuklah Bot Dino, Roda Panas, Pembinasa, Jeneral Besi dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat memahami tentang robot hiburan.