KOMIK : SQUAD MODIFIGHT (REMAJA BERTANGAN BESI) - IMAN PUB
- Regular price
- RM 16.00
- Sale price
- RM 16.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Skuad Modifight: Remaja Bertangan Besi by Anas Miras
==========================================================
Buku #1
“Apa gunanya? Walaupun saya cuba, akhirnya gagal juga. Saya ... tak ada tangan macam orang lain.”
Rayyan – seorang remaja kudung bertangan besi sangat rajin dan suka membantu orang lain.
Namun apa yang dilakukannya sering saja membuatkan keadaan bertambah buruk.
“Saya tahu niat kamu baik; bagus kamu mahu menghulurkan tangan dan meringankan beban. Tapi, kamu kena sedar tangan kamu tak mampu untuk pikul beban-beban itu.”
Rayyan tersentak. Dia tahu, dia tidak seperti orang lain.
Sinar harapan mula muncul buat Rayyan apabila Prof. Dewi memperkenalkan mesin ciptaannya, SAKTI, yang mampu menukar DNA kepada kod digital.
Secara teori ciptaan itu membolehkan untuk tumbuhkan semula tangannya!
Sebelum sempat mereka menggunakan SAKTI, tiba-tiba Crash muncul dari dunia maya dan mencuri SAKTI.
Siapakah Crash? Mampukah Crash menghalang Rayyan daripada menumbuhkan kembali tangannya yang kudung?
Buku #2
"Saya mesti selamatkan SAKTI!"
Rayyan kecewa kerana dia tidak berjaya melindungi SAKTI daripada jatuh ke tangan Crash.
Kini, Crash memiliki kuasa kuat dan menggunakannya untuk melakukan kerosakan besar di kawasan bandar.
Prof. Dewi pula cuba menghalang Rayyan daripada membahayakan diri. Crash terlalu kuat!
"Tapi saya bersalah atas kehilangan SAKTI!"
"Rayyan, saya tahu kamu nak bantu ramai orang, tapi kamu cedera dan hampir terkorban. Prof tak boleh kehilangan kamu!"
Dalam kekalutan itu,Crash telah menyeru keluar seekor raksasa ganas yang menyerang seluruh penduduk bandar.
Apakah malapetaka yang akan dibawa oleh Crash kepada raksasa ganas yang diserunya? Mampukah Rayyan mencari dan menyelamatkan SAKTI? Adakah misi melindungi penduduk bandar akan berjaya?
Buku #3
"Lepaskan aku! Aku nak tolong Prof!"
"Tak boleh Rayyan. Prof tak bagi kau ke mana-mana. Makhluk tu terlalu berbahaya!"
Ketika Prof. Dewi diserang raksasa Kelembai, Rayyan masih belum pulih sepenuhnya akibat serangan Crash. Aadi dan Brendon berkeras menghalangnya keluar dari hospital.
"Apa kau nak buat, Rayyan? Lawan dan kalah lagi? Kau tak nampak ke apa Crash dah buat pada kau? Kau bukannya hero!"
"Ya, aku mungkin akan gagal lagi bila berdepan Crash. Tapi yang penting, aku perlu terus cuba!"
Dalam masa sama, Kelembai kian mengganas dan Prof. Dewi tidak dapat bertahan lama. Nyawa Prof. Dewi kini menjadi taruhan.
Apakah nasib Prof. Dewi dan penduduk bandar? Berjayakah Rayyan pulih dan keluar melawan raksasa itu sebelum terlambat?
Buku #4
“Kawan-kawan, larikan diri cepat!""
“Lepas tu tinggalkan Prof. Dewi dan Emilya dalam bahaya? Tak mungkin!”
Sama seperti Rayyan, tanpa sengaja Brendon dan Aadi tiba-tiba memiliki kuasa digital mereka sendiri. Namun, mereka masih belum mampu menggunakan kuasa itu dengan baik.
Brendon dan Aadi akhirnya tumpas dalam pertarungan. Serangan raksasa Kelembai semakin mengganas! Kini, hanya Rayyan menjadi harapan untuk menyelamatkan bandar mereka daripada kemusnahan.
"Cis, aku pun dah terkena sumpahan?"
Adakah Rayyan akan berjaya menumpaskan raksasa Kelembai atau tewas, sekali gus membawa kepada kehancuran?