KOMIK : TOK LIMBONG - MUSTREAD
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TOK LIMBONG 01 - DEMI TANAH BANGSA
Pada tahun 1909, Terengganu terpaksa menerima kehadiran penjajah British. Tekanan daripada penjajahan British semakin agresif selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin III dan penasihatnya, Tok Ku Paloh. Di bawah pemerintahan British, masyarakat petani hidup tertekan apabila British memperkenalkan undang-undang baharu penerokaan tanah pada tahun 1921. Ketika inilah, muncul seorang tokoh ulama dan pejuang rakyat - Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau bukan sahaja seorang guru agama yang dihormati, tetapi juga seorang peguam bela yang lantang memperjuangkan nasib rakyat. Komik Tok Limbong 1 merungkai perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menegakkan hak tanah pusaka warisan nenek moyang mereka berdasarkan hujah agama dan prinsip keadilan.
***************************************************************
TOK LIMBONG 02 - TEGUH MEMBELA HAK
Ketika rakyat Terengganu bangkit menentang dasar tanah penjajah British yang zalim, pihak kolonial bertindak memperalatkan institusi kesultanan bagi meredakan kemarahan rakyat. Namun, hakikatnya suara rakyat terus disenyapkan. Pentadbiran British kekal angkuh dan meneruskan penindasan terhadap petani dan penduduk kampung yang hanya mahu mempertahankan hak tanah pusaka mereka. Kemuncak ketegangan tercetus pada 23 Mei 1928, apabila berlaku peristiwa berdarah di Padang Kachong, Kuala Telemong. Dalam suasana penuh tegang dan marah, rakyat tani bangkit menentang kekerasan kerajaan, manakala pihak berkuasa bertindak mempertahankan kepentingan penjajah. Pertempuran itu bukan sekadar pertelingkahan fizikal, tetapi mencerminkan jeritan rakyat yang tertindas. Komik Tok Limbong 2 bukan hanya tentang tanah yang dirampas, tetapi tentang maruah yang diinjak dan suara yang dinafikan.