• KOMIK MR YAMTUAN ANTAH
  • KOMIK MR YAMTUAN ANTAH (2)
1

KOMIK : YAMTUAN ANTAH - MUSTREAD

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

YAMTUAN ANTAH 01 -PERGOLAKAN DI TANAH ADAT

Perpecahan dalam kalangan pembesar Negeri Sembilan membuka peluang kepada campur tangan British dalam pentadbiran tempatan. Perebutan takhta antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman memuncak apabila Dato' Kelana menjemput British masuk ke Negeri Sembilan tanpa berunding dengan Dato' Bandar Tunggal. Selepas kemenangan dalam peperangan terhadap Dato' Bandar Tunggal, British menempatkan seorang Residen bagi membantu pentadbiran Dato' Kelana. Namun, Dato' Kelana melihat Yamtuan Antah sebagai ancaman baharu! Pertempuran pertama antara angkatan Yamtuan Antah dan British tercetus di wilayah Terachi dan Bukit Putus. Sementara itu, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang berpihak kepada British mula dibelenggu resah - adakah keputusannya menjemput British ke Negeri Sembilan merupakan suatu kesilapan? Komik Yamtuan Antah 1 menyaksikan konflik dan pengkhianatan yang bakal ditentukan oleh percaturan kuasa antara pemimpin tempatan dan penjajah British.

*************************************************************


YAMTUAN ANTAH 02 - SERI MENANTIS MEMBARA

Di bawah naungan panji Seri Menanti, Yamtuan Antah bangkit mempertahankan maruah dan kedaulatan negerinya. Disokong oleh pengikut setia dan pejuang berani seperti Dato’ Siamang Gagap, mereka melancarkan serangan sengit yang menggugat keangkuhan British. Kebangkitan Yamtuan Antah pada bulan Disember 1875 bukan sahaja menggoncang kestabilan politik tempatan, malah turut menggemparkan Singapura! Walaupun berjaya menguasai Paroi, namun mereka terpaksa berundur akibat kekuatan artileri British. Dengan dentuman meriam menggegar langit dan kampung-kampung hangus dibakar, rakyat Negeri Sembilan bertahan dengan air mata dan semangat perjuangan yang tidak pernah padam. Komik Yamtuan Antah 2 memaparkan perjuangan Yamtuan Antah dan para pengikutnya untuk mempertahankan Seri Menanti daripada keangkuhan musuh dan pengkhianatan.