• EASYSTORE NOVEL-03
  • EASYSTORE NOVEL-04
1

NOVEL : MARIPOSA WITH MIKHAEL 2 - AHA

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Kala bahagia mula menjengah dunia mereka, satu per satu ujian mula menimpa. Yara merasakan seolah dunia dengki dengannya. Dunia terlalu kejam untuk seorang insan yang menagih secebis kebahagiaan dalam hidup.

Ketika negara berada di ambang bahaya, Mikhael dihadapkan dengan satu keputusan yang sukar dalam hidupnya: memilih Yara, isteri yang sedang berduka, atau setia pada negara yang sudah lama dipertahankannya.

“Negara perlukan abang.”

-FAWWAZ MIKHAEL

“Tapi Yara pun perlukan abang. Yara dah tak ada sesiapa.”

-YARA ALYSSA

Cinta atau tanggungjawab? Keduanya memerlukan pengorbanan yang besar.

“Yara… Atau negara?”

-YARA ALYSSA

Mampukah Mikhael membuat pilihan yang tepat? Atau pilihan yang mengundang penyesalan?

Selepas berbulan-bulan berkhidmat di luar negara dalam misi keamanan, Mikhael akhirnya kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya disambut dengan sesuatu yang jauh lebih berat. Yara Alyssa, isterinya, menjadi mangsa balas dendam dari kisah silam yang tidak pernah dia duga. Dendam yang telah menarik Yara jatuh ke dalamnya tanpa sengaja.

“Aku cakap kau jangan sentuh isteri aku, syaitan!!!”

-FAWWAZ MIKHAEL

Apakah masa depan mereka masih memiliki tempat untuk cinta yang telah diuji oleh dendam yang bukan milik mereka?