NOVEL : PELANGI HARI SELEPAS HUJAN - ARCILLUS HOUSE RESOURCES
- Regular price
- RM 25.20
- Sale price
- RM 25.20
- Regular price
-
RM 28.00
Share
"Allahuakbar! Selamatkan dan lindungi anak-anakku, Allahuakhbar!" Laung abah lagi sambil menyambar sehelai selimut yang sudah basah oleh hujan yang telus dari bumbung.
"Mari sini! Semua duduk di bawah selimut ni!" ajak abah sambil mendepakan kedua-dua belah tangan dengan selimut terhampar di atas badannya.
Kami berkejar ke arah abah. Kami berebut-rebut mencari ruang yang paling selesa. Ada yang betul-betul berada rapat di bawah ketiak abah. Ada yang memaut lutut. Aku pula hanya dapat berpaut pada lengan abah.
Abah dakap kuat kami dengan kedua-dua belah tangannya yang masih sas. Ada juga yang mendakap kuat abah daripada belakang, tetapi aku lupa siapa.