NOVEL : VEHAEN I-III - MANES
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
VEHAEN : SATU CERITA
Batu-bata disatukan dengan simen. Kepingan papan dan kayu disatukan dengan paku.
Hati manusia pula disatukan dengan... iman dan ukhuwah! Di bumi Birmingham, Universiti Vehaen menyaksikan sendiri titian persahabatan yang dibina antara tiga sahabat. Rif’at si anak Gaza berperibadi mulia; Imran si bekas taiko sekolah; Amrullah yang membawa beban masa lalunya sendiri.
Rif’at, anak angkat kelahiran Palestin yang membesar di Malaysia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah.
Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. – Rif’at
Imran, pelajar bermasalah yang mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, peluang untuk kenal dia. – Imran
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat. Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi? – Amrullah
Dalam kemanisan bersahabat, mereka diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji keutuhan ukhuwah yang terbina itu. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini? Ini cerita mereka. SATU CERITA.
*******************************************
VEHAEN II : RIF'AT
Tuhan, izinkan aku bersama mereka sehingga ke akhirnya.
Permintaan Rif’at tidak banyak; dia mahu pulang ke tanah airnya di Beit Lahiya, Gaza. Menyertai pasukan paramedik Malaysia, jalan pintas untuk Rif’at kembali menjejaki ahli keluarganya. Namun di Rafah Crossing Point...
“Untuk apa kau datang ke sini?” Untuk pulang ke tanah air aku la... dan jawapan itu dia hanya biarkan bergema dalam hati. “... kerana mahu berbakti dengan pasukan paramedik yang aku sertai,” jawab Rif’at dengan tenang bagi membunuh segala prasangka, Si Zionis di hadapannya itu.
Rif’at mendambakan ruang untuk berjihad demi Palestin. Bersama-sama Najdat dan pasukan pemuda Palestin, Rif’at ikut bertempur dalam Perang Penjara Ghaib.
Najdat – remaja dingin setelah kematian semua ahli keluarganya; lalu bersua dengan Rif’at telah mengubah perwatakannya 180 darjah. Melihatkan kebahagiaan Najdat, Rif’at menyembunyikan rahsianya. Bagaimana ajal yang ‘dijanjikan’ untuk Rif’at?
Apakah dia dijemput kala perbaringan atau dia mati syahid dalam peperangan atau bagaimana? Seperti kata Rif’at, selalunya: Yang pasti, semuanya terletak pada aturan Tuhan yang sentiasa cantik!
*******************************************
VEHAEN III : SAHABAT TERAKHIR
Yang seorang membuang memori, yang seorang mencari memori. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.
Enam tahun lamanya Amrullah Khairi menghilangkan diri daripada hidup sahabatnya, Imran Fatih. ‘Dunianya’ suram dan kelam. Yang dia senangi cumalah rakan sepejabatnya yang sangat berprinsip – Farrah Amani. Namun si ceria itu, selalu membuat Amrullah rasa rendah diri (dan jengkel sekali gus).
Kau sebahagian dari masa silam dia yang hilang.
Pertemuannya dengan Imran akhirnya menutup jurang waktu. Namun Amrullah terasa jauh apabila melihat Imran menjadi seorang yang bahagia dan sukses. Imran menjadi presiden organisasi kemanusiaan Palestin yang aktif dan disenangi ramai.
Mereka kembali semula ke Vehaen University sempena program Ramadan with You Gaza 2024. Namun ada rintangan yang terbentang di depan mereka. Benarkah peluang kedua ini dapat menebus kesilapan Amrullah pada Imran, dan mengembalikan semula kemanisan dan kekuatan ukhuwah di antara mereka sekali lagi?
Aku nak sahabat aku ada dalam setiap fasa kehidupan aku... dan hantarkan aku ke liang lahad serta doakan aku selepas aku pergi. Aku akan buat hal yang sama untuk kau, Am. – Imran