UMUM : CONSUMERCHANT KISAH-KISAH KEJAYAAN - GALERI ILMU
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
ConsuMerchant adalah model perniagaan yang menggabungkan peranan pengguna dan pedagang dalam sistem ekonomi bersama. Model perniagaan ini memperkasakan seseorang untuk terjun dalam dunia perdagangan bukan hanya sebagai pembeli pasif tetapi juga sebagai penyumbang aktif kepada satu ekosistem yang lebih besar dan dapat dimanfaatkan bersama. Gelanggang permainan telah dilaraskan untuk membolehkan ramai orang dari pelbagai latar belakang menempa kejayaan dan meraih peningkatan peribadi melalui dedikasi dan usaha keras.
Buku ini memaparkan naratif kisah-kisah kejayaan individu pelbagai golongan yang berjaya mengubah hidup diri dan orang sekeliling - dari suri rumah, mahasiswa hingga golongan profesional seperti jurutera dan doktor- yang masing-masing mempunyai jalur kisah yang unik mengenai bagaimana mereka mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa melalui model perniagaan ConsuMerchant. Kisah-kisah in melangkaui naratif yang biasa kita dengar mengenai kebebasan kewangan; ia mengenai pemerkasaan, memecah penghalang-penghalang sosial dan melahirkan satu komuniti yang saling menyokong dan saling membakar semangat sesama anggota komuniti. Perkembangan diri oleh individu-individu yang dipaparkan kisahnya dalam buku ini, bukan sahaja dari segi penambahbaikan kewangan dan taraf hidup mereka,malah dari segi kemahiran kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran dalam pengucapan awam dan sikap yang positif dalam menghadapi cabaran.