• EASYSTORE NOVEL-01
  • EASYSTORE NOVEL-02
1

NOVEL : HILANG II - LOVE NOVEL

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Kehidupan Aira terlalu bahagia saat dimanjakan oleh Eijaz selepas hubungan mereka pulih. Lebih-lebih lagi kehadiran permata hati mereka, menjadikan rumah tangga pasangan itu bertambah bahagia. Ada masanya, Eijaz terlalu menjaga Aira sehingga wanita itu rimas.

“Sayang pun janganlah lasak sangat. Risau abang tengok cara Aira berjalan. Laju sangat.”- Eijaz

“Abang ni risau tak bertempat. Janganlah layan Aira macam budak-budak. Aira dah jadi mak budak tau.” - Aira

Lumrah hidup berumah tangga, pasti ada ujiannya. Begitu juga buat pasangan itu apabila Eijaz tiba-tiba menjauhkan diri hanya disebabkan permintaan Aira. Puas Aira berfikir di mana silapnya dia sebagai isteri sehingga Eijaz bersikap dingin.

“Abang nak jauhkan diri daripada kami sampai bila?” - Aira

“Aira jangan bersangka buruk dengan abang. Abang bekerja. Bukannya berhibur di luar.” - Eijaz.

Sikap Eijaz yang terlalu berahsia menyebabkan Aira makan hati. Demi memujuk hati sendiri, Aira nekad membawa Eirman pulang ke kampung. Dia mahu membesarkan anak mereka di sana tanpa Eijaz.

“Kita balik, sayang.” - Eijaz

“Sana bukan tempat Aira dan Eirman. Biarlah kami terus tinggal di sini.” - Aira

Apakah yang menjadi punca Eijaz bersikap dingin? Dan adakah mereka akan terus hidup bahagia tanpa kehadiran orang ketiga?