NOVEL : JANGAN HILANGKAN DIA - FAJAR PAKEER
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Setiap kali kehilangan, kita cuba mencari makna, seolah-olah kesakitan mampu menjawab segalanya. Akhirnya, yang ditemui hanyalah lorong-lorong sepi yang dipenuhi tanda tanya, berjalan tanpa arah, berakhir tanpa noktah. Aireen Medina dan Aireen Melissa. Sepasang kembar seiras yang lahir bersama. Takdir sejak awal sudah memilih siapa yang akan disayangi dan siapa yang akan dilupakan. Melissa, si kembar yang lahir bersama derita dalam tubuh kecilnya. Lalu kasih ibu dan ayah mengalir deras kepadanya, seolah-olah cinta hanya cukup untuk dia seorang. Dan Medina? Dia membesar dalam sunyi yang tak bersuara. Setiap langkahnya dihantui rasa tidak diperlukan. Bayang-bayang itu bukan lagi sekadar metafora, tetapi membentuk seluruh hidupnya. “Saya memang tak layak jadi anak mereka. Betullah apa yang mama cakap dulu, saya ni hanya anak pembawa si...” - MEDINA Namun, kehadiran Aidan Nufail bagaikan petanda dalam hidupnya. Buat pertama kalinya, Medina percaya bahawa dia juga berhak disayangi. Dia jatuh cinta, bukan kerana Aidan sempurna, tetapi kerana Aidan melihat Medina sebagai manusia selayaknya. Dan seperti yang sudah ditulis, takdir tetap tidak pernah lunak padanya. Harapan yang baru tumbuh itu, sekali lagi, direntap tanpa belas. “Kau pembunuh! Kau dah bunuh anak aku!” – PUAN ELIZA Lalu Medina pergi, tidak menoleh ke belakang lagi, hanya melangkah menjauh dari dunia yang tidak pernah tahu cara mencintainya. Saat kebenaran akhirnya terbongkar, semuanya terlepas daripada genggaman. Yang tinggal hanyalah sebuah penyesalan. Jika semesta mempertemukan kita semula pada waktu yang tepat, saya nak awak tahu betapa banyaknya doa yang saya langitkan untuk bersama awak.” - AIDAN Dunia, katanya adil, tapi mengapa rasanya begitu berat sebelah? Mengapa yang setia diuji tanpa henti, sedangkan yang hanya datang sekejap diberi seluruh semesta untuk dimiliki? Dia sudah terlalu letih menanggung penderitaan. Satu kehilangan lagi… mungkin cukup untuk menghancurkan segalanya. 'Tuhan, Jangan hilangkan dia lagi kerana hatiku tak lagi punya ruang untuk satu kehilangan.'