• NOVEL KK 9-05
  • NOVEL KK 9-06
  • NOVEL KK 10-01
1

NOVEL : K-POP GIRL - BOOKIUT

Regular price
RM 9.00
Sale price
RM 9.00
Regular price
RM 10.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

THE B YANG BERSEMANGAT

Lukisan dan badminton. Kedua-duanya mempunyai kisah yang tersendiri dalam hidup Atiya Zahira, seorang remaja berusia 16 tahun.

Melukis adalah salah satu hobinya. Walaupun nampak tidak masuk dek akal, Atiya gembira setiap kali melihat lukisan itu. Hasil karya yang menemukan dia dengan kumpulan idol kegemarannya, The Boyz. Bila dia hampir saja berputus asa dalam perlawanan badminton, lukisan itu yang menjadi tempat untuk dia bersembunyi.

Menjadi wakil sekolah dalam perlawanan badminton membuatkan Atiya berazam mahu bergelar juara tetapi dengan adanya Raisya, si rakan beregu, mampukah Atiya terus menjadi The B yang bersemangat dan mencapai kejayaan yang dia impikan selama ini?


ONCE YANG TERBAIK

Ali pasukan sorak The Shakers terdiri daripada gadis ceria, comel dan langsing bagaikan ahli kumpulan Twice. Apatah lagi mereka memang Once yang setia. Berduyun-duyunlah pelajar yang mahu mendekati dan beramah mesra.

Tambahan pula adanya Teesha, sang kapten, gadis kacukan Korea yang berprofil tinggi. Beruntunglah si kawan rapat iaitu Wendy, Irine dan Chan Juan.…. hingga timbul bongkak dalam diri. Amboi, kononnya merekalah yang
paling sempurna serba-serbi!


Berbeza sekali dengan Emi, remaja berbadan besar tetapi lemah motivasi. Walhal mereka punya minat yang sama iaitu suka menari. Lagu-lagu kumpulan Twice sentiasa jadi pilihan hati. Namun apakan daya… mereka bagaikan anak gahara dan rakyat jelata. Umpama pasir dan intan permata. Ibarat Nayeon dan pemandu Grabcar. Jauh beza… mustahil ada peluang bertegur-sapa!


Semasa menyertai lawatan sekolah ke Pula Pinang, Teesha dan Emi terlibat dalam kemalangan. Mereka koma buat beberapa lama. Rupa-rupanya di situlah segalanya berubah. Apabila Teesha tersedar, jasadnya bertukar. Si kapten The Shakers terperangkap dalam badan si pelajar gempal? Tidak!

Malangnya Emi yang berada dalam badan Teesha mash tidak sedarkan diri. Sejak itu, Teesha cuba menjalani kehidupan perit dalam badan XL. Dapatkah Teesha diterima menyertai The Shakers semula? Paling utama… adakah harapan kembali kepada tubuh asal? Ketahui kisahnya dalam Once yang Terbaik.


MONBEBE YANG TAASUB!

Nura memiliki obsesi luar biasa terhadap kumpulan penyanyi Korea, MONSTA-X! Menggelarkan dirinya sebagai Monbebe sejati, Nura akan memastikan nama Monsta-X tidak dicemari oleh komen-komen negatif netizen. Malah, dia mampu berimaginasi wujudnya seorang ahli Monsta-X, Jooheon, sebagai teman sejatinya.

Lama-kelamaan, fokusnya dalam pelajaran mulai terganggu dan dia dijadikan bahan ejekan di sekolah. Hal terbabit turut mendorong Nura bertindak agresif semata-mata mahu mempertahankan Monsta-X daripada diperlekehkan oleh rakan sekelas.

Berbekalkan suntikan semangat yang diberikan Jooheon, Nura bangkit dan membuktikan bahawa obsesinya itu dapat memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Dengan panggilan Nura Ha-Neul, dia mencipta satu kejayaan untuk dirinya serta sekalian Monbebe!