• NOVEL KK 10-06
  • NOVEL KK 11-01
  • NOVEL KK 11-02
1

NOVEL : SIRI AMER EKSORSIS ( PENERBIT X ) - PTS

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Amer Si Eksorsis : Tali Pocong

Kejutan melanda Kampung Bukit Sawa, kampung yang berjiran dengan Kampung Sentol Patah, Marang. Penduduk digemparkan dengan kemunculan makhluk berbungkus putih yang bukan sahaja mengganggu, malah membawa bahana ngeri kepada sesiapa yang terserempak dengannya. Namun sebelum makhluk itu muncul, kampung tersebut terlebih dahulu dikejutkan dengan penemuan kubur yang berlubang, dikorek oleh individu tidak dikenali.

Gangguan itu tidak terhenti di kampung semata-mata. Ia telah merebak hingga ke kawasan Sekolah Menengah Sentol Patah. Amer, Haikal dan Shah berdepan cabaran baharu yang jauh lebih berbahaya. Kemunculan makhluk itu bukan kebetulan, tetapi hasil pemujaan seseorang yang menyimpan dendam lama.

Siapakah dia dan kepada siapakah dendam itu ditujukan?


Amer Si Eksorsis : Amukan Jin Hutan

Pergolakan tercetus dalam pasukan bola sepak Amer apabila pihak sekolah telah bertindak melantik jurulatih baharu – seorang guru dari sekolah lain. Beberapa isu timbul apabila jurulatih itu bertindak memasukkan anaknya sendiri ke dalam pasukan dan menggugurkan pelajar lain. Tindakan ini telah menimbulkan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli pasukan.

Demi memulihkan kembali semangat berpasukan yang telah retak, pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sentol Patah telah dihantar ke kem latihan di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Bagaimanapun, tragedi tiba-tiba terjadi. Mereka telah disapa penunggu kawasan itu.

Amer merasakan ada sesuatu yang tidak kena, sepertinya bencana yang menimpa pasukan bola sepak sekolahnya itu berkait rapat dengan seseorang dari dalam pasukannya sendiri. Angkara siapakah yang menjadi penyebab kekalutan itu berlaku? Mampukah Amer menyelamatkan rakan-rakannya daripada amukan jin hutan?


Amer Si Eksorsis: Nenek Tua & Serigala

Amer selalu dibuli di sekolah. Melihatkan Amer sering ketakutan hendak pergi ke sekolah, ibu bapanya nekad menghantar Amer pulang ke kampung di Terengganu. Amer gembira dapat bersekolah bersama sepupunya, Haikal, dan sama-sama mereka dipilih menjadi pemain utama pasukan bola sepak sekolah.

Satu hari, Amer terlihat seorang nenek tua di hutan di hujung padang bola. Selepas itu Amer mula diganggu igauan yang menyeramkan, sehinggakan kadangkala dia keliru antara khayalan dan realiti. Dia melihat sekolah baharunya ditimpa bencana dan ia mula menjadi kenyataan setelah seorang rakan sepasukannya rebah di padang dan meninggal dunia.

Siapakah sebenarnya nenek tua itu? Apakah mungkin ada rahsia yang terlindung di dalam hutan di belakang sekolah itu? Dan kenapakah Amer yang dipilih untuk menyelesaikan masalah mistik sekolah baharunya itu?