KOMIK : EJEN ALI - KUALITI BOOKS
- Regular price
- RM 22.41
- Sale price
- RM 22.41
- Regular price
-
RM 24.90
Share
EJEN ALI THE MOVIE MISI: NEO
Ali kembali dalam Ejen Ali The Movie , Misi: Neo! Setelah terikat secara tak sengaja dengan gadget merisik terhebat iaitu IRIS, Ali telah membuktikan yang dia layak untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, dia rasa terpinggir apabila M.A.T.A mendedahkan IRIS NEO; IRIS versi baru dan lagi canggih! Lantas Ali tersasar dari misi-misi yang diberi. Bersama seorang gadis misteri bernama Niki, mereka berdua membongkar rahsia sebenar tentang M.A.T.A dan bandar Cyberaya.
EJEN ALI THE MOVIE MISI: SATRIA
Ali Ghazali, seorang rekrut muda dari agensi pengintip rahsia M.A.T.A bekerja keras setelah dilantik masuk ke projek SATRIA. Semasa menjalani latihannya, dia menerima cabaran daripada antagonis Cyberjaya yang tidak dikenali - Neonimus, yang mengancamnya untuk 'bermain'. Jika Ali gagal, Neonimus akan mendedahkan identiti semua ejen, termasuk Ali sendiri. Dengan itu, M.A.T.A memutuskan untuk menguji potensi SATRIA dalam misi sebenar. Selepas sekian lama tidak menyertai misi, Ali memakai sut SATRIA dan bekerjasama dengan Ejen Alicia dan Ejen Bakar untuk menyelamatkan Cyberjaya dari ancaman.
EJEN ALI SIDE MISSION
Ejen Ali: Side Mission ialah kompilasi eksklusif cerita pendek Ejen Ali dari majalah komik Ejen Ali. Jalan cerita yang lebih ringan dan santai, dalam Side Mission melampirkan sisi lain aktiviti Ali selain dari menjalankan misi rahsia dan menonjolkan kemunculan rakan-rakan Akademi M.A.T.A!