• MUST READ KOMIK EMPAYAR BROOKE-01
  • MUST READ KOMIK EMPAYAR BROOKE-02
1

KOMIK : EMPAYAR BROOKE

Regular price
RM 13.50
Sale price
RM 13.50
Regular price
RM 15.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

EMPAYAR 01 : DINASTI RAJA PUTIH SARAWAK

Dari medan perang ke dek kapal Royalist. Ketibaan James Brooke ke Sarawak pada tahun 1839 bukan sekadar sebagai pengembara, tetapi telah mengubah landskap pemerintahan negeri Sarawak.

Pada mulanya, Brooke menjadi perantara antara Gabenor Bonham dengan pemerintah Brunei yang mentadbir Sarawak pada ketika itu. Namun akhirnya, pemerintah itu meminta bantuan Brooke untuk menghapuskan kebangkitan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan yang bersifat zalim dan menindas rakyat.

Kejayaan Brooke menghapuskan pemberontakan itu, telah membuka jalan untuknya ditabalkan sebagai Rajah Putih Sarawak. Perjalanan James Brooke penuh dengan keberanian dan intrik kuasa. Komik Empayar Brooke 1 memaparkan pertembungan kuasa asing dan tradisi tempatan serta pemberontakan orang Melayu, Dayak dan pelombong Cina.

**********************************************************************

EMPAYAR 02 : SEJARAH BERDARAH SARAWAK

Tahun 1857 menjadi titik perubahan apabila ribuan pelombong Cina dari Bau bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Kuching. Kebangkitan itu hampir menggulingkan kuasa Raja Putih Sarawak, namun berakhir dengan tragedi yang meragut ribuan nyawa.

Belum reda dengan pemberontakan itu, muncul pula tokoh-tokoh tempatan yang menentang peluasan kuasa Brooke seperti Sharif Masahor dari Igan, Datu Patinggi Abdul Gapur dari Kuching dan pahlawan Iban, Rentap dari Bukit Sadok. Mereka membawa semangat yang sama, iaitu mempertahankan tanah, maruah dan kebebasan bangsa daripada cengkaman penjajahan.

Namun, James Brooke dan anak saudaranya, Charles Brooke, tidak gentar. Dengan bantuan sekutu, mereka melancarkan serangan demi serangan untuk mematahkan semua penentangan. Pertempuran di Sungai Rajang dan tiga ekspedisi besar di Bukit Sadok menjadi saksi bahawa keinginan untuk berkuasa sering mengatasi nilai kemanusiaan.

Komik Empayar Brooke #2 menyusuri konflik, helah politik dan pengorbanan para pahlawan tempatan yang menentang pemerintahan Raja Putih Sarawak.