KOMIK : GADIS CUACA - GEMPAK STARZ
- Regular price
- RM 14.40
- Sale price
- RM 14.40
- Regular price
-
RM 16.00
Share
Hasani Gempak Starz Gadis Cuaca 01
Hodaka, seorang remaja lelaki yang lari ke Tokyo dari rumahnya di sebuah pulau terpencil, melalui hidup yang amat memenatkan tanpa dapat mengharapkan sesiapa.
Suatu hari dia bertemu seorang gadis bernama Hina di sebuah restoran makanan segera.
Hina yang mempunyai kuasa misteri telah mengubah hidup Hodaka sama sekali.
Inilah kisah kami yang berusaha hidup di 'waktu sekarang'.
************************
Hasani Gempak Starz Gadis Cuaca 02
Pertemuan antara Hina, gadis berkuasa misteri yang boleh mengawal hujan dengan Hodaka, remaja lelaki yang lari dari rumahnya membentuk satu gandingan yang tidak dijangka.
Apabila servis Gadis Cuaca Cerah yang mereka tawarkan semakin mendapat sambutan, Hodaka merasakan telah menemui ‘rumah’ yang diingini selama ini.
Filem animasi Mokoto Shinkai yang mendapat sambutan di Jepun dan antarabangsa diadaptasi dalam versi komik dengan sentuhan pemenang ‘Afternoon Shiki Award’!
************************
Hasani Gempak Starz Gadis Cuaca 03
Pertemuan antara Hodaka, remaja lelaki yang lari dari rumah dan Hina yang memiliki kuasa menukarkan hujan ke cuaca cerah turut hadir dengan ‘bayaran’ yang perlu ditanggung.
Pasangan adik-beradik, Hina dan Nagi dikehendaki pusat perlindungan kanak-kanak manakala Hodaka pula dikejar polis kerana lari dari rumah.
Adakah pengakhiran kisah tiga remaja yang bermula dengan melarikan diri tanpa tujuan ini akan diakhiri dengan takdir Hina sebagai gadis cuaca selamanya?