• EASYSTORE KOMIK-01
  • EASYSTORE KOMIK-02
  • EASYSTORE KOMIK-03
  • EASYSTORE KOMIK-04
  • EASYSTORE KOMIK-05
1

KOMIK : SIRI KEJURUTERAAN ASPIRASI X - PTS JUNIOR STEMESTA

Regular price
RM 14.40
Sale price
RM 14.40
Regular price
RM 16.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

PROJEK ASPIRASI X: KEMBARA AUTOVASI
Adam dan Sofia ialah adik-beradik yang gemar meneroka perkara baharu dan bercita-cita menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu mereka membawa kepada pengembaraan luar biasa dalam dunia pengangkutan: bermula dengan basikal klasik datuk mereka, kemudian kereta elektrik, kereta api tanpa pemandu dan kapal. Sepanjang perjalanan, mereka mempelajari pelbagai teknologi pengangkutan dari tradisional ke moden — membuka mata mereka tentang kecerdikan manusia dan memberi inspirasi untuk mencipta inovasi masa depan.


PROJEK ASPIRASI X: PROJECT TERRA NOVA
Projek bandar bawah tanah Terra Nova diketuai Amir menghadapi pelbagai cabaran seperti batuan keras, gas metana dan penemuan terowong purba misteri. Pasukan jurutera menggunakan teknologi moden bagi mengatasi masalah tersebut. Terowong akhirnya siap dibina, tetapi penemuan tamadun lama menimbulkan persoalan tentang rahsia yang tersembunyi. Antara topik STEM: struktur kukuh dan selamat; cabaran alam sekitar; teknologi dan struktur mesra alam.


PROJEK ASPIRASI X: MECHA ROBOTIK
Sekumpulan pelajar membina robot kitar semula pintar yang mampu mengenal pasti dan memisahkan sampah secara automatik. Setelah menghadapi pelbagai cabaran teknikal, mereka berjaya mencipta robot mesra alam yang membantu mengurangkan pencemaran, memudahkan kitar semula, dan menginspirasi seluruh sekolah mereka. Antara topik STEM: sistem mekanikal dalam kehidupan harian; robotik dan automasi dalam industri; sumber tenaga dan mesin moden.


PROJEK ASPIRASI X: KUASA SINAR GAMMA
Jayden, seorang kanak-kanak yang gemar sains, tertanya-tanya bagaimana buah-buahan boleh kekal segar. Neneknya memperkenalkan teknologi sinar gamma. Setelah menyaksikan sendiri proses pengawetan di sebuah pusat khas, Jayden mula memahami kepentingan teknologi dalam menjaga kualiti makanan. Pengalaman itu membangkitkan semangatnya untuk menjadi seorang jurutera kimia pada masa hadapan. Antara topik STEM: proses bahan mentah jadi produk; teknologi sinar gamma untuk makanan; sinar gamma dalam bidang kesihatan.


PROJEK ASPIRASI X: SALVO PENYELAMAT LAUTAN
Seekor salmon hasil kejuruteraan genetik bernama Salvo memiliki kuasa luar biasa. Apabila lautan tercemar dan pihak tamak mahu mengeksploitasinya, Salvo bangkit mempertahankan alam laut dan menentukan jalan hidupnya sendiri sebagai makhluk yang bebas. Antara topik STEM: kejuruteraan genetik dalam pertanian dan ternakan; teknologi genetik dan kesihatan; DNA, gen dan pengubahsuaian genetik.


PROJEK ASPIRASI X: WIRA SIBER X PHANTOM
Zahrin menerima mesej ancaman daripada The Phantom Hacker, lalu komputernya mula menunjukkan tanda-tanda telah digodam. Dengan bantuan Dr. Ali dan pengetahuan asas komputer, Zahrin berjaya menangkis serangan digital dan melindungi datanya. Keberanian serta kebijaksanaannya menarik perhatian guru, dan dia kemudiannya dijemput menyertai Kelab Komputer sekolah. Antara topik STEM: keselamatan sistem daripada ancaman siber; teknologi lindungi data dan privasi; komponen komputer dan sistem lama.