• EASYSTORE KOMIK-01
  • EASYSTORE KOMIK-02
  • EASYSTORE KOMIK-03
  • EASYSTORE KOMIK-04
  • EASYSTORE KOMIK-05
1

KOMIK : SIRI KOMIK INOVASI X - PTS JUNIOR STEMESTA

Regular price
RM 14.40
Sale price
RM 14.40
Regular price
RM 16.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

PROJEK INOVASI X: KEMBARA AUTOVASI
Adam dan Sofia ialah adik-beradik yang gemar meneroka perkara baharu dan bercita-cita menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu mereka membawa kepada pengembaraan luar biasa dalam dunia pengangkutan: bermula dengan basikal klasik datuk mereka, kemudian kereta elektrik, kereta api tanpa pemandu dan kapal. Sepanjang perjalanan, mereka mempelajari pelbagai teknologi pengangkutan dari tradisional ke moden — membuka mata mereka tentang kecerdikan manusia dan memberi inspirasi untuk mencipta inovasi masa depan.


PROJEK INOVASI X: GAME CHANGER
Adam dan Sofia berkongsi minat yang sama dalam menerokai sesuatu yang baharu dan unik. Sejak kecil mereka bercita-cita menjadi pereka teknologi profesional. Semangat ingin tahu membawa mereka ke pengembaraan luar biasa dalam dunia sukan dan permainan moden. Mereka menggunakan alat permainan “Visual Reality” yang membawa mereka ke dunia maya penuh aksi. Cabaran di sana menampilkan perubahan dalam sukan dan permainan tradisional — membuka mata mereka tentang inovasi dalam dunia sukan serta memberi inspirasi untuk mencipta sesuatu yang lebih hebat pada masa depan.


PROJEK INOVASI X: KOTA UTOPIA
Adam dan Sofia mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang pembinaan dan penciptaan. Mereka mengambil cabaran membina sebuah bandar menggunakan bahan kitar semula serta menerokai pelbagai jenis binaan sehingga terbentuk sebuah bandar moden yang menggunakan robot dalam pembinaan. Walaupun berdepan cabaran kawalan robot dan masalah teknikal, mereka berjaya menyelesaikannya dengan kreatif. Kisah ini menonjolkan kecerdikan manusia dalam membina masa depan yang lebih efisien, pantas dan mesra alam.


PROJEK INOVASI X: KEBANGKITAN AGROBOTS
Adam dan Sofia membantu datuk mereka di ladang dan mendapati kerja pertanian sangat mencabar. Mereka mencadangkan penggunaan robot dan dron untuk membantu dalam kerja-kerja kebun. Sepanjang pengalaman ini, mereka mempelajari pelbagai teknologi pertanian moden yang menjadikan pengeluaran hasil lebih efisien dan mesra alam. Pengalaman tersebut mengajar mereka bahawa inovasi dan teknologi boleh memudahkan kehidupan serta memperbaiki sektor pertanian.


PROJEK INOVASI X: REVOLUSI DIGITAL
Adam dan Sofia pulang ke kampung halaman datuk mereka, tetapi kecewa apabila mendapati kelajuan internet di kampung sangat perlahan. Keadaan ini mendorong mereka menyelidiki evolusi teknologi rangkaian dari 3G hingga 5G serta kepentingan gentian optik. Datuk mereka berkongsi kisah zaman dahulu ketika masyarakat lebih mengutamakan interaksi bersemuka. Kisah ini menekankan bahawa kemajuan teknologi perlu seimbang dengan nilai kekeluargaan dan hubungan sosial yang harmoni.