• EASYSTORE KOMIK-01
  • EASYSTORE KOMIK-02
  • EASYSTORE KOMIK-03
  • EASYSTORE KOMIK-04
  • EASYSTORE KOMIK-05
1

KOMIK : SIRI KOMIK KARIER - PTS JUNIOR STEMESTA

Regular price
RM 14.40
Sale price
RM 14.40
Regular price
RM 16.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

SIRI KOMIK KARIER: KARIER VIRAL
Lima individu dari pelbagai bidang profesional menjadi pencipta kandungan digital. Mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu menggunakan platform digital untuk menyebarkan ilmu dalam bidang kepakaran masing-masing dengan cara yang lebih menarik, kreatif dan bermanfaat. Mereka berusaha membuktikan bahawa penciptaan kandungan bukan sekadar hiburan, tetapi juga boleh menjadi medium pendidikan yang berkesan.


SIRI KOMIK KARIER: JANJI A+
Sebuah kisah tentang kerjaya sebagai guru yang penuh cabaran dan inspirasi. Sufia, seorang guru muda, terpaksa meninggalkan keluarganya untuk mengajar di sekolah pedalaman Saliliran, Sabah. Walaupun sedih, semangatnya untuk mendidik tetap tinggi. Di sana, dia berhadapan dengan masyarakat yang masih terikat dengan tradisi lama. Kisah ini memaparkan perjuangan seorang guru yang mendidik dengan ilmu, kasih sayang, dan ketabahan demi masa depan murid-muridnya.


SIRI KOMIK KARIER: MEOW-LANKOLIA
Sebuah komik yang mengetengahkan kerjaya sebagai doktor veterinar dan nilai kemanusiaan di sebaliknya. Dr. Hassanul, seorang doktor veterinar, mengalami kemurungan selepas kemalangan jalan raya. Pertemuannya dengan seekor kucing oren terbiar bernama Zach mengubah hidupnya. Kisah ini menonjolkan tema ketabahan, kasih sayang antara manusia dan haiwan, serta bagaimana hubungan ini mampu menyembuhkan luka jiwa dan memberi semangat baharu untuk meneruskan kehidupan.


SIRI KOMIK KARIER: APOKALIPS
Tiga saintis berdedikasi dari bidang berbeza berusaha menangani cabaran global yang mengancam dunia. Seorang ahli geologi mengkaji perubahan muka bumi, pakar tenaga membangunkan sumber tenaga lestari, manakala saintis makanan bergelut dengan krisis keselamatan makanan dan isu etika. Mereka berkongsi misi untuk memastikan kesejahteraan manusia serta keselamatan bumi melalui ilmu, inovasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.