NOVEL : SIRI ASRAMA 1-3 - FIXI
- Regular price
- RM 25.20
- Sale price
- RM 25.20
- Regular price
-
RM 28.00
Share
ASRAMA 1
“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.
“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.
“Tak, maksud aku...” Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.
“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya. Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.
“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.
***************************************
ASRAMA 2
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?
Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.
Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'?
Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
****************************************
ASRAMA 3
PREKUEL KEPADA NOVEL ASRAMA & ASRAMA: 2
Lahirnya Dahlia membawa seribu kebahagiaan buat Kalsom dan Rashid yang sudah lama menantikan zuriat. Namun terselit kerisauan di hati Rashid, kerana sumpah keturunan yang diwarisi keluarganya. Apatah lagi seawal usia tujuh tahun lagi Dahlia sudah menunjukkan yang dia bakal mewarisi takdir seperti bapanya, seorang pengait kepala. Kehadiran dan bisikan rogon dalam hidupnya menjadikan Dahlia manusia yang mampu bertindak di luar batasan!
Selepas satu demi satu tragedi berlaku, akhirnya Rashid dan Kalsom terpaksa memilih satu jalan atas dasar kasih sayang, meskipun berat untuk dilakukan. "Semua ini untuk melindungi, lebih baik mati!"
ASRAMA: 3 merungkai kisah di sebalik takdir Rashi sebagai pengait, juga kebenaran di sebalik peristiwa kebakaran di asrama itu.