• DENDAM BAYANG-01
  • DENDAM BAYANG-02
1

NOVEL : DENDAM BAYANG - MANES

Regular price
RM 23.40
Sale price
RM 23.40
Regular price
RM 26.00
Secure payments | HASANIBOOKS
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS
Authentic products

Siapa sangka satu tugasan kuliah menjadi pengalaman tragis buat Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia. Pensyarah mereka, Dr. Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kena- mengena langsung dengan subjek yang diambil. Sebagai pelajar jurusan Sains Biologi,

mereka perlu membuat tugasan di sebuah banglo lama dan terpencil.


“Sejak mula-mula Dr. Sufi bagi kita tajuk ni sampai sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.” – Balqis


Tanpa disedari, satu lembaga serba hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Kelibat bayang hitam itu sentiasa mengekori. Ancamannya berbaur dendam yang tidak mereka duga.


“Kita akan keluar dari sini. Ingat, kalau apa-apa berlaku tolong jangan berpecah.” – Hazmi


Kemelut terus melanda. Hazmi hilang tanpa jejak. Najmi terperangkap di dalam banglo itu. Balqis dan Dahlia pula ditangkap oleh sekumpulan Orang Asli ketika cuba mendapatkan

bantuan.


“Aku pasti semua ini dirancang atas motif-motif tertentu.” – Najmi.

“Aku rasa, itu petunjuk bahawa semua ini dirancang rapi oleh dia.” – Dahlia


Siapakah lembaga hitam itu? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada dendamnya?

Segala persoalan akan terjawab dalam naskhah penuh saspens ini.


Kisah penuh cemas ini mengajak pembaca bermain teka-teki bersama-sama empat sekawan mencari jawapan tentang apa yang sedang mereka alami. Siapa? Kenapa? Bagaimana? Semua persoalan itu akan memaksa anda untuk membaca naskhah ini sehingga ke titik penamat. –

Kamalia Ramlan, Editor